Lelaki Nekad Robohkan Rumah Mewah, Dipercayai Balas Dendam Pada Majikan Lepas Dipecat
KANADA – Marah dan tidak puas hati apabila dipecat majikan, seorang pekerja binaan bertindak merosakkan rumah mewah di sebuah kejiranan menggunakan jengkaut untuk membalas dendam, lapor Daily Star.
Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan bekas pekerja binaan itu sedang mengawal sebuah jengkaut seorang diri dan menghancurkan rumah-rumah yang berada di tepi tasik Calgary, Kanada.
Tindakan melulu lelaki itu menyebabkan penduduk di kejiranan tersebut terkejut dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah polis tiba di tempat kejadian untuk mengawal situasi di Pride of Rosseau Marina, Tasik Muskoka.
Klip video ketika lelaki itu memusnahkan rumah-rumah di situ mendapat perhatian netizen apabila dimuat naik ke dalam media sosial. Ramai yang berpendapat lelaki itu tidak berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara.
Don Tapscott, yang menyiarkan klip video itu di Twitter menulis, “Anda tidak boleh melakukan ini”.
“Seorang pekerja yang tidak berpuas hati, dipecat dari Marina berhampiran rumah tasik kami bertindak meroboh dan memusnahkan seluruh Marina dengan jengkaut,” jelasnya lagi.
Sejurus itu, pegawai tiba di tempat kejadian dan menahan seorang lelaki berusia 59 tahun yang disahkan identitinya sebagai bekas pekerja di hartanah itu.
Dia telah didakwa melakukan kerosakan melebihi CAD $5,000 (RM 17,391).
Pemilik SWS Muskoka Geordie Newlands, yang mengendalikan Marina di kawasan itu telah menyedari kejadian itu dan mengesahkan lebih daripada satu bangunan telah rosak. Dia menganggarkan kos pembaikan mungkin dalam berjuta-juta.
“Nasib baik tiada siapa yang cedera,” ujarnya.
Binaan baharu itu dilaporkan milik sebuah syarikat dikenali sebagai Pride of Rosseau yang menawarkan tempat penyimpanan bot, perkhidmatan dan pembaikan.
Lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah atas tindakannya itu.
You can’t make this up. A disgruntled, fired employee from a marina near our lake house snapped and destroyed the entire marina with an excavator. Does anyone have more information on what happened? #Muskoka pic.twitter.com/XcCLAVBFMy
— Don Tapscott (@dtapscott) July 27, 2022
Sumber: Daily Star