Siakap Keli
hulk brazil maut suntik minyak
Gambar: The Mirror

Padah Abai Nasihat Doktor, ‘The Hulk Brazil’ Suntik Minyak Nak Besarkan Otot Maut

Seorang ahli bina badan dari Brazil yang digelar ‘ The Hulk Brazil’ di TikTok maut pada usia 55 tahun selepas mengalami komplikasi dipercayai serangan jantung baru-baru ini, lapor  Mirror.

Menurut laporan, semasa hayatnya dia kerap mengamalkan sejenis teknik membesarkan otot yang ‘pelik’, iaitu menyuntik minyak pada bicep, pektoral dan otot belakangnya setiap hari sejak 2016 lalu ketika berusia 49 tahun.

Difahamkan, dia sanggup berbuat demikian sejak enam tahun lalu kerana mahu cuba meniru fizikal idolanya iaitu selebriti aksi terkenal, Arnold Schwarzenegger dan watak adiwira The Hulk.

“Pada 2016 orang ramai memanggil saya Hulk, Schwarzenegger dan He-Man setiap waktu. Disebabkan itu saya mahu membesarkan lagi otot,” jelasnya, memetik Mirror.

Bagaimanapun, doktor menasihatinya untuk berhenti daripada amalan suntikan minyak tersebut kerana berisiko menghidapi pelbagai komplikasi penyakit dan kerosakan saraf serta terpaksa memerlukan amputasi.

hulk brazil maut suntik minyak
Gambar: The Mirror

Bagaimanapun, The Hulk Brazil itu tetap meneruskan perbuatan tersebut walaupun sudah dinasihati oleh pakar perubatan.

Dalam pada itu, dia pernah mendedahkan bahawa betapa bangganya dirinya apabila dikenali sebagai ‘raksasa’ oleh penduduk tempatan yang mengenalinya.

Sehubungan itu, dia kerap menyiarkan foto dan video ototnya di media sosial TikTok miliknya yang mempunyai kira-kira lebih 1.7 juta pengikut.

Dalam temubual sebelum ini, dia pernah menunjukkan bagaimana dirinya menyuntik minyak sintetik berkenaan yang bercampur dengan alkohol, ubat penahan sakit dan minyak.

Salah satu ‘kesan’ selepas suntikan tersebut adalah otot bahagian bicepnya membesar dengan lebih besar berbanding biasa dengan ukur lilit 23 inci.

Difahamkan, sebelum menggunakan minyak itu, dia juga akan menyuntik steroid anabolik yang telah diberikan amaran bahawa ia bakal menjejaskan kesihatan.

hulk brazil maut suntik minyak
Gambar: The Mirror

Detik-detik cemas sebelum kematian

Sebelum kematianya, seorang warga tempatan, Moisés da Conceição da Silva memberitahu Globo Brazil, ahli bina badan tersebut telah meminta bantuan ibunya selepas mengadu mengalami masalah pernafasan pada suatu hari.

“Sekitar pukul 6 pagi, dia datang merangkak melalui rumah belakang dan menuju ke depan. Dia kemudian ketuk tingkap rumah ibu saya, ibu saya keluar dan terus dia berkata, “Tolong saya, tolong saya sebab saya dah nazak”,”

Lelaki itu kemudiannya terpaksa dikejarkan ke hospital untuk diselamatkan, namun malangnya hasil usaha doktor mendapati dirinya tidak dapat diselamatkan lagi.

“Mereka memasukkannya ke dalam kereta dan membawanya ke UPA (hospital). Setibanya di sana, dia akhirnya rebah di kaunter pendaftaran kerana serangan jantung. Saya rasa dia mungkin kena serangan jantung,” tambahnya.

Moisés percaya bahawa mereka semua sudah berusaha untuk menyelamatkan nyawanya dengan bawa ke hospital segera, namun takdir sudah ditentukan, ajal lelaki itu sudah tiba tepat pada masanya.

Difahamkan, dia mula obses dengan membina badan selepas kematian ayah dan abangnya. Tambahnya, ia adalah salah satu cara untuk melupakan masalah kehidupan.

Sumber: Mirror

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.