Siakap Keli
RON97 lebih 'jimat'
Gambar Via Bernama

Betul Ke RON97 Lagi Jimat Minyak Daripada RON95? Ini Jawapan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ada orang kata RON97 lebih ‘jimat’ berbanding RON95 atas beberapa faktor. Jom ikuti perkongsian di bawah ini untuk merungkai mengenai kebenarannya.

Seperti yang diketahui, harga minyak petrol akan berubah setiap bulan dan ia ditentukan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism.

Walaupun harga setiap minyak berbeza, setiap orang mempunyai pilihan yang tersendiri. Ada yang lebih gemar menggunakan RON95 kerana lebih murah dan ada juga yang menggunakan RON97.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa RON97 sebenarnya lebih ‘jimat’ untuk digunakan dan mempunyai ‘prestasi’ yang terbaik untuk kereta.

Benarkah kenyataan tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, ikuti perkongsian Jurutera Simulasi Pakar Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, Dr Aid Fawzal di bawah ini.

Betulkah guna RON97 lebih ‘jimat’ daripada RON95?

Saya tak ada jawapan khusus untuk persoalan ini. Saya sendiri guna diesel dan kereta petrol saya guna RON98. Tetapi…

Tetapi, saya nak ajar rakan-rakan semua macam mana nak betul-betul pastikan ia jimat.

Katakan lah, kereta kita Perodua Myvi 1.3 dengan saiz tangki 40 liter. Tangki simpanannya (reserve tank) 10% dan tinggal 1 bar (sukatan) minyak 10%. Baki ruangan untuk diisi penuh adalah 32L.

Bila isi minyak petrol RON95, kita dapat jalan dengan jarak 400km.

Bila isi minyak petrol RON97 pula, kita dapat jalan dengan jarak 450km.

Secara mudah, kita akan fikirkan yang, “Wah!! RON97 boleh pergi lebih 50km la! Jimat ni”. Kan??

Tetapi jimat ni ada beberapa perspektif, antaranya:
• Jimat pengguna bahan api
• Jimat harga (duit)

Jom kita kira semula untuk tengok betul ke guna RON97 ni lebih jimat duit.

Apa yang anda perlu buat adalah ambil nilai harga bayaran untuk tangki penuh tu dan bahagikan dengan jarak perjalanan.

Contohnya:
a) RON95 RM2.05. Isi 32L jadi bayar RM65.50 dapat jalan 400km
• RM65.50 / 400km = RM 0.16/km

b) RON97 RM4.70 Isi 32L jadi bayar RM150.40 dapat jalan 450km
• RM150.40 / 450km = RM 0.33/km

Nah. Jika ini yang berlaku, maka RON97 tu jimat pada sudut penggunaan minyak (unit mpg, l/km, 100km/l). Tapi TAK jimat pada sudut harga bayaran (duit).

Cuba rakan-rakan buat eksperimen ini sendiri untuk menjawab, “Adakah kereta anda jimat pada sudut jarak perjalanan dan juga harga bila gunakan RON yang lebih tinggi?”

Kongsikan hasil kajian anda disini.

Kenapa boleh jimat pengguna minyak (jika ini berlaku)?

Jimat pada pengguna minyak bahan api ni bukan sebab nilai RONnya yang tinggi, tapi minyak premium mempunyai bahan tambahan atau aditif (additives) yang lebih baik.

Aditif ini lah yang menjadi punca penjimatan lebih.

*Total jarak perjalanan tu haruslah ukuran perjalanan yang nyata ya. BUKAN nilai jarak yang tertera pada paparan kereta.

**Pastikan anda guna gred minyak yang sesuai dengan keperluan enjin kesayangan anda.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

RON97 lebih 'jimat'

Sumber: Aid Fawzal

Sofea

There's always another side to every story