Siakap Keli
isi minyak penuh
Gambar Hiasan via Google

Tak Boleh Rosakkan ‘Fuel Pump’, Jurutera Ini Kongsi Apa Sebenarnya Jadi Jika Isi Minyak Kereta Penuh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai dalam kalangan pemilik kenderaan yang pernah dengar ‘larangan’ isi minyak terlalu penuh.

Acap kali kita dengar bahawa isi minyak terlalu penuh akan merosakkan komponen-komponen kereta, salah satunya yang sering dikaitkan dengan kerosakan akibat isi minyak penuh tak lain tak bukan adalah fuel pump.

Terdapat juga beberapa pendapat yang beredar mengenai keburukan isi minyak penuh ini seperti minyak akan melimpah atas jalan dan minyak ‘kembang’ bila panas.

Malah ada yang melontarkan pandangan bahawa pengguna kenderaan tidak boleh mengisi minyak terlalu penuh kerana tangki perlu ada ruang pengembangan. Namun sejauh manakah kebenaran ‘pantang-larang’ isi minyak penuh ini?

Menjawab persoalan berkenaan, jurutera simulasi, Dr Aid Fawzal melalui laman Twitter miliknya tampil ‘membongkar’ apa sebenarnya yang akan terjadi sekiranya kenderaan diisi minyak terlalu penuh. Ikuti perkongsian Dr Aid Fawzal di bawah ini.

Apa yang terjadi bila isi minyak penuh?

 Apabila kita nak isi minyak, kita akan masukkan nozzle pengisi ke dalam lubang isian (fuel filler neck) dan tarik picu (trigger) lalu minyak mengalir masuk ke dalam tangki.

Kemudian bila minyak mula penuh, ia akan melalui vapour return hose dan datang kembali berdekatan dengan lubang isian. Siapa yang suka memerhati pasti pernah nampak minyak keluar daripada paip atau lubang kecil dalam lubang isian tu.

Gambar via Twitter

Ha, minyak yang keluar ni tadi, bila dia menutup muncung depan nozzle pengisi tu yang akan buat nozzle tendang.

Ada macam-macam jenis kepala nozzle, ada yang lubang dibawah nozzle, ada yang dalam nozzle, tapi prinsipnya sama. Ia gunakan konsep ‘venturi effect’. Apabila lubang ini tertutup oleh minyak, ia akan sekat aliran keluar daripada muncung. Terus berhenti pump.

Gambar via Twitter

Adakah benar tangki kenderaan perlukan dua peratus ruang pengembangan?

Hal ini tidak benar kerana tangki minyak kenderaan ada aliran angin masuk-keluar padanya. Angin akan masuk ke dalam tangki melalui lubang isian tu.

Sebab itu penutup lubang isian ‘special’. Pusing-pusing tak ketat pun tapi dah bunyi kraaakkk!! Ia menutup laluan cecair, tapi benarkan angin untuk masuk.

Kedua, tangki kenderaan juga mempunyai Evaporative Emission Control System (biasa dipanggil pendek sebagai ‘EVAP’ system). Sistem ini gunanya untuk bantu apabila minyak tadi berubah menjadi wap (lihat gambar keempat).

Gambar via Twitter

Sistem ini gunanya untuk tapis wap minyak anda dan gunakan semula ke dalam enjin. Jika anda selalu isi minyak penuh-penuh, ada kemungkinan yang tinggi minyak akan masuk ke dalam sistem ini dan mengisi vapour atau charcoal canister.

Jika ini berlaku, lampu amaran (check engine) akan bernyala. Kena tukar canister!

Gambar via Twitter

Bagaimana pula jika minyak mengembang apabila cuaca panas?

Nilai pengembangan haba bagi petrol dan diesel adalah 0.00095 per darjah Celcius dan 0.00083 per darjah Celcius. Nilai ini sangat rendah jika diletakkan pada perubahan suhu di Malaysia.

Contoh, katakanlah Ahmad isi minyak keretanya 10 liter waktu malam pada suhu 24 darjah Celcius dengan harga RM20.50. Pada waktu siang yang panas, suhu tangki naik ke 40 darjah Celcius. Kini minyak 10 liter yang Ahmad isi malam tadi jadi 10.02 liter (RM20.53).

Tak banyak pun kembangnya.

Teori isi minyak kat Genting Sempah tu pun boleh kita sangkal. Perbezaan suhu sejuk kat Genting Sempah dengan kawasan-kawasan lain tak signifikan. Jadi takkan beza banyak pun minyaknya dari segi nilai isipadu.

Bolehkah minyak melimpah atas jalan raya melalui ‘overflow port’?

Tak boleh. Minyak hanya boleh overflow atau melimpah melalui lubang isian (fuel filler neck) atau sesetengah motorsikal dan kenderaan lama yang mempunyai breather hose. Ini adalah laluan pernafasan tangki. Isian penuh juga boleh melimpah melalui laluan ini terutamanya bila ambil selekoh atau corner.

Ini hal safety! Mana boleh pengeluar kereta buat buang limpahan atas jalan kan?

Adakah isi penuh boleh rosakkan fuel pump?

Tak boleh. Yang akan rosakkan fuel pump bila selalu pandu kereta dalam keadaan minyak ‘reserved’ (atau bawah tanda E pada meter minyak).

Ini kerana fuel pump itu gunakan minyak sebagai bahan penyejukan dan pelincir juga. Fuel pump yang berjalan tanpa adanya aliran minyak akan buatkan ia panas dan komponen dalamnya haus.

Selain tu, memandu dengan minyak ‘reserved’ juga boleh rosakkan fuel pump disebabkan kotoran atau enapan disedut ke dlm enjin. Ini boleh sebabkan fuel filter dan injector tersumbat juga.

Sumber: Twitter Dr Aid Fawzal

Eyla Azri