Siakap Keli

“Patutlah Bertahun Single,” Baru ‘First Date’ Dah Selekeh Penuh Kelemumur, Terus Awek ‘Turn Off’

“Patutlah Bertahun Single,” Baru ‘First Date’ Dah Selekeh Penuh Kelemumur, Terus Awek ‘Turn Off’

Boleh dikatakan, ramai yang telah mempunyai pengalaman ‘first date’ dengan pasangan masing-masing. Banyak perkara yang berlaku dengan perasaan yang bercampur baur ketika itu. Apa tidaknya, dalam keterujaan pasti ada sedikit gelisah sekiranya diri sendiri tidak diterima pasangan tersebut setelah berjumpa secara fizikal buat kali pertama.

Untuk pertama kali berjumpa dengan pasangan, kekemasan dan kebersihan diri sangatlah penting bagi menonjolkan pandangan pertama yang baik dan memikat hatinya. Jangan pula baru ‘first date’ dah tunjuk selekeh depan pasangan. Terutamanya lelaki, kelemumur adalah satu perkara yang penting kena jaga kalau tak mahu ‘single’ bertahun-tahun.

Patutlah Bertahun ‘Single’

“Patutlah bertahun single, baru first time jumpa dah selekeh. Masuk kereta dah penuh kelemumur kat seat, tengok kat bahu pun penuh putih-putih. Bila jalan asyik garu-garu kepala”

Begitulah situasi yang seorang lelaki perlu hadamkan terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan bakal kekasih untuk kali pertama. Bukan apa, bila ada kelemumur ni pasti akan buatkan kekasih anda ‘turn off’ dan beranggapan anda tidak tahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Bukan itu saja, diri sendiri pun akan berasa tidak yakin sebab terganggu dengan kesan-kesan putih di bahu, tambah pula pasangan asyik perhati di kawasan tersebut.

Tapi sebenarnya anda tak perlu risau kerana setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaian. Pertamanya, anda kena atasi masalah kelemumur dan gatal kepala yang buatkan anda berasa tidak yakin.

Atasi Masalah Guna Anti-Kelemumur Syampu Selsun Blue

Pelbagai cara semulajadi untuk merawat masalah kelemumur ni. Tapi kalau nak lebih mudah, apa kata guna anti-kelemumur syampu Selsun Blue. Siapa yang tidak kenal dengan jenama produk ni kan sebab dengan wajahnya yang berwarna biru biasa sangat dilihat di kedai-kedai beauty & wellness. Syampu yang mengandungi 1% Selenium Sulfide ini dikatakan mampu memberi perubahan dalam masa hanya dua minggu dan terbukti berkesan secara klinikal.

3 variasi untuk masalah khusus dan jenis rambut

Didatangkan dengan 3 variasi yang dikhususkan untuk mengatasi masalah tertentu. Anda boleh memilih untuk menggunakan produk mengikut masalah dan keadaan rambut anda.

Untuk menghilangkan kelemumur serta gatal pada kulit kepala Syampu Selsun Blue Extra Strength adalah pilihan yang paling tepat sekali. Ia juga turut dilengkapi dengan menthol untuk membantu melegakan kulit kepala yang gatal.

Bagi masalah kelemumur dan rambut kusut, boleh gunakan Syampu Selsun Blue Extra Moisturizing ini. Syampu jenis ini didatangkan dengan pelembap bagi mengatasi masalah rambut kering dan rosak di samping melawan kelemumur.

 

Syampu Selsun Blue 2-in-1 pula sangat sesuai untuk yang suka berjimat atau tidak mahu berleceh kerana ia adalah formula 2 dalam 1 yang merupakan syampu dan perapi rambut pada masa yang sama. Ia sesuai digunakan untuk rambut yang normal.

Cara nak guna syampu Selsun Blue

Cara penggunaan  syampu anti-kelemumur Selsun Blue amatlah mudah dengan hanya 3 langkah mudah. Penggunaan konsisten selama 2 minggu akan memastikan anda tidak dibelengui dengan masalah kelemumur lagi.

Langkah pertama: Basahkan rambut anda dengan syampu anti-kelemumur Selsun Blue.

Langkah kedua: Biarkan selama 1-2 minit untuk, bahan aktif produk; Selenium Sulfide 1% untuk bertindak ke atas kelemumur.

Langkah terakhir: Bilas rambut dengan air seperti biasa.

Pun begitu, perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh digunakan sebagai syampu harian kerana Selenium Sulfide boleh mengeringkan rambut. Adalah disyorkan untuk tidak melebihi had penggunaan; iaitu maksimum 3 kali seminggu sahaja.

Di mana boleh dapatkan syampu anti-kelemumur Selsun Blue?

Pasti ramai yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan sudah berminat untuk membeli syampu ini bukan? Syampu Selsun Blue ini boleh dibeli dengan mudah secara melalui platform Shopee atau Lazada 

Paling menarik sekali, jika anda berminat untuk membeli syampu ini, anda layak untuk menikmati diskaun sebanyak 15%. Jadi, apa tunggu lagi, bertukarlah kepada Selsun Blue mulai sekarang!

Aqmal Ezany

I write what is right