Siakap Keli
ikan jerung mega kini berukuran 20 kaki
Gambar: The Guardian/Telegraph

Punyai Saiz Luar Biasa, Kajian Terbaru Dapati Ikan Jerung ‘Mega’ Kini Berukuran 20 Kaki

Punyai Saiz Luar Biasa, Kajian Terbaru Dapati Ikan Jerung ‘Mega’ Kini Berukuran 20 Kaki

Satu kajian terbaru mendapati bahawa jerung putih dan jerung harimau telah membesar kepada saiz yang ‘luar biasa’ selepas memakan ‘mangsa’ di banyak kawasan zon larangan memancing, menjadikannya sebagai ‘jerung mega’ yang kini telah mencapai panjang 20 kaki, lapor Telegraph.

Dokumentari yang disiarkan oleh National Geographic juga menunjukkan terdapat beberapa ekor jerung putih terbesar yang pernah direkodkan.

Jerung itu telah ditemui di luar pantai Hawaii di mana kawasan itu dilengkapi perlindungan untuk membantu kehidupan mereka dari terancam.

A great white shark in the Pacific ocean

Sementara itu, jerung betina putih kebiasaannya berukuran sekitar 15 kaki hingga 16 kaki manakala jerung putih jantan pula sekitar 11 kaki hingga 13 kaki.

Oleh itu, penyelidik telah membuat pemerhatian terhadap jerung putih betina yang berukuran 20 kaki di perairan wilayah Amerika Syarikat.

Justeru, Hawaii menjadi negeri pertama di Amerika yang mengharamkan penangkapan jerung pada Januari.

Dalam satu lagi penemuan yang mengejutkan, para penyelidik mendapati jerung putih ini biasanya akan memburu dalam satu kumpulan.

Tiga ekor jerung putih besar sepanjang 20 kaki dirakam memakan bangkai ikan paus.

“Ini bermakna jerung-jerung itu mesti berada cukup dekat di kawasan sekitar untuk mengesan bau ikan paus itu, dan hal ini mungkin membawa maksud jerung ini mengembara bersama-sama untuk memburu.

“Ia sesuatu yang kami tidak akan pernah fahami, sehingga kini kami tidak tahu mengapa jerung-jerung akan berkelakuan begitu,” kata ahli biologi marin, Dr Chris Lowe

Selain itu, jerung harimau yang biasanya berukuran 12 kaki juga dilihat telah tumbuh hingga 16 kaki di Polinesia Perancis iaitu kawasan yang mempunyai salah satu tempat perlindungan jerung terbesar di dunia yang dicipta sedekad lalu.

Tiger Shark

Ahli biologi marin dan penyelam jerung profesional, Kori Burkhardt mendakwa pernah ternampak jerung harimau betina besar yang dipanggil Kamakai.

“Saya telah menyelam dengan jerung harimau di beberapa negara dan ia adalah yang terbesar pernah saya lihat.

“Ia bukan sahaja panjang tetapi mempunyai kelebaran yang besar. Jerung itu kelihatan besar dengan panjang lima meter dan lebarnya pula sekitar tiga meter termasuklah siripnya,” katanya.

Tambahnya, perairan di sekitar Polinesia Perancis telah berubah menjadi ‘syurga’ jerung harimau yang besar dan menjadi tempat perlindungan yang selamat di mana jerung seperti Kamakai boleh melahirkan generasi baharu jerung harimau mega.

Walaupun terdapat larangan menangkap ikan di kawasan perlindungan, dianggarkan sebanyak 100 juta jerung telah dibunuh setiap tahun dan selalunya sirip mereka akan diambil untuk dimakan.

Sumber: Telegraph UK

BACA: Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.