Siakap Keli

Ikan Jerung Gergasi Ditemui Dengan Kesan Gigitan Besar Pada Badan, Cetus Tanda Tanya “Benda Apa Gigit?”

Seorang penyelam membuat penemuan yang menggemparkan apabila berjaya merakam foto seekor ikan jerung putih gergasi dengan kesan gigitan besar pada badannya.

Foto-foto berkenaan dirakam oleh Jalil Najafov, 40, ketika dia menyelam di kawasan Isla Guadalupe di Mexico.

Menurutnya, dia melihat ikan jerung berkenaan menyelam di kawasan berdekatan pulau berkenaan sebelum menyedari kesan gigitan misteri pada badan pemangsa laut yang ganas itu.

Tidak dapat dipastikan bagaimana ikan berkenaan mendapat kesan gigitan tersebut atau haiwan apa yang bertanggungjawab memberi parut sebegitu, namun yang pasti, kesan gigitan tersebut besar dan menakutkan.

”Saya sangat terkejut kerana sepanjang saya hidup, saya tidak pernah melihat perkara seperti ini. Bekas gigitan ini sangat besar dan ianya pada tubuh ikan jerung yang juga bersaiz besar, saya terfikir adakah ini benar-benar berlaku?

”Saya telah menyelam dan melihat jerung bertahun-tahun lamanya, dan ini kali pertama saya melihat parut sebegitu besar,” kata Jalil yang berasal dari Azerbaijan.

Dia kemudian cuba mendapatkan pandangan daripada dua orang pakar membabitkan haiwan pemangsa itu. Kedua-duanya membuat kesimpulan yang hampir sama.

”Punca kepada parut ini menjadi perdebatan di media sosial selepas saya memuat naik gambar ini ke Instagram. Ramai yang memberi pendapat ia sama ada luka ketika mengawan ataupun mangsa serangan agresif.

”Saya menghantar foto ini kepada pakar pertama, beliau menolak andaian bahawa ia luka ketika mengawan.

”Manakala pakar kedua, beliau bersetuju ia mungkin akibat serangan jerung lain,” katanya lagi.

Bagaimanapun, penemuan jerung dengan kesan gigitan parut bukanlah sesuatu yang asing. Malah, insiden-insiden ‘pertempuran’ antara dua ekor ikan jerung juga pernah direkodkan sebelum ini.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jalil Najafov (@jalilnajafov)

BACA: Kenapa Ragu-ragu Nak ‘Bermadu’ Kalau Boleh ‘Bermadu’ Tanpa Rasa Ragu-ragu? Ini Pesanan Untuk Anda

Sumber: The Sun

Sofea

There's always another side to every story