Siakap Keli
Angin Kecang Dijangka Landa Kawasan Selangor
Gambar via CDC

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Klang, Petaling, Kuala Langat & Sepang Sehingga 12pm Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Klang, Petaling, Kuala Langat & Sepang Sehingga 12pm Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan negeri Selangor sehingga 12 tengah hari, Rabu, 3 Ogos 2022.

Antara kawasan yang terlibat adalah Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang. Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terjejas dengan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang akan melanda.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MET Malaysia menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Gambar via MET Malaysia

Sumber: MET Malaysia. 

Faiz Mustafa

" "