Siakap Keli
lelaki tergamak bunuh anak majikan
Gambar via Google

Dipercayai Tak Dibayar Gaji, Lelaki Tergamak Bunuh Anak Majikan

Dipercayai Tak Dibayar Gaji, Lelaki Tergamak Bunuh Anak Majikan

ENGLAND – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai telah dibunuh di sebuah ladang di Boston, England oleh pekerja ibunya yang juga merupakan seorang pemetik buah pada Khamis lalu, lapor Daily Star.

Saksi melaporkan bahawa mangsa dan adik perempuannya berusia lima tahun sedang bermain dengan gelung hula apabila dia telah diserang pada jam 6.20 petang.

Serangan itu disifatkan sebagai mimpi ngeri kepada ibu bapa mangsa.

Suspek yang berusia 22 tahun dilaporkan telah berjaya ditangkap selepas diburu pihak polis.

Suspek yang juga berasal dari Boston telah dibawa ke Mahkamah Majistret Lincoln pada 1 Ogos yang lalu dan didakwa atas pembunuhan kanak-kanak perempuan itu.

Menurut laporan, suspek merupakan pekerja di syarikat yang dikendalikan oleh ibu mangsa.

Polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa punca pembunuhan ini terjadi disebabkan suspek tidak menerima gaji dari ibu mangsa.

Menjelaskan detik-detik sebelum kematian mangsa, seorang penduduk tempatan memberitahu berkata gadis kecil itu sedang bermain di jalan bersama adik perempuannya.

“Saya pasti ibunya tidak akan berada jauh dari situ kerana dia selalu memeriksa mereka,” jelasnya.

Sementara itu, keluarga mangsa kini dikatakan telah dibawa ke lokasi yang lebih selamat kerana dibimbangi turut menjadi sasaran.

“Mereka bimbang sesiapa yang melakukan jenayah ini masih berada di luar sana dan merasakan bahawa mereka perlu melindungi anak-anak yang lain,” kata pihak polis.

Sumber: Daily Star

Nurlizah Khazani