Jepun Dilanda Banjir Besar, Kira-Kira Setengah Juta Penduduk Dipindahkan
JEPUN – Kira-kira 540,000 penduduk di wilayah Tohoku dan Hokuriku diarahkan berpindah selepas hujan lebat melanda pantai Laut Jepun sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh, lapor Japan Times.
Menurut kementerian tanah Jepun, Sungai Mogami di Nagai, Wilayah Yamagata telah ‘melimpah’ hingga ke kawasan tebing pada awal pagi Khamis.
Rakaman video yang dikongsikan di media sosial juga menunjukkan banyak rumah telah ditenggelami air di sepanjang sungai.
Malah, sebahagian kereta turut ditenggelami air dan jalan juga dipenuhi lumpur di bahagian wilayah Yamagata dan Niigata.
Sementara itu, Kerajaan Wilayah Yamagata juga melaporkan bahawa sebuah jambatan di jalan wilayah telah runtuh.
Tidak cuma itu, sebuah jambatan yang digunakan oleh Laluan Barat Banetsu East Japan Railway (JR East) di Kitakata, wilayah Fukushima juga runtuh akibat hujan lebat pada malam Rabu semalam.
Selain Yamagata dan Niigata, amaran pemindahan juga dikeluarkan untuk penduduk Aomori, Iwate, Fukushima dan Ishikawa.

Semasa sidang akhbar pada pagi Khamis, Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno berkata bahawa kira-kira 1,900 isi rumah, yang kebanyakannya di Wilayah Niigata telah kehilangan bekalan elektrik.
Manakala 380 orang yang lain terputus bekalan air.
Menurutnya, setakat ini terdapat dua orang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

Dalam pada itu, hujan lebat juga menyebabkan JR East menangguhkan perkhidmatan kereta api sepanjang hari antara laluan Fukushima dan Shinjo di Wilayah Yamagata.
“Daerah ini sangat terpencil dan berlakunya gangguan bekalan elektrik dan bekalan air juga tiada.
“Kami telah meminta pihak berkuasa bandar untuk menyediakan bekalan bantuan, termasuk air dan makanan,” kata ketua daerah itu, Saichi Matsumoto.

Terdahulu, Agensi Meteorologi mengeluarkan amaran kecemasan bagi beberapa bandar di Niigata, termasuk Murakami, serta kampung Sekikawa dan Tainai.
Amaran juga dikeluarkan untuk bandar Oguni di Wilayah Yamagata.
Long Video 😱📽️ https://t.co/v61CtajJxE
Flash #Floods and Landslides Hit #Niigata and #Yamagata Northern Japan! – 新潟・山形を襲った洪水・大雨・土砂災害#新潟#山形#新潟水害#山形水害#地すべり#洪水#雨#大雨 pic.twitter.com/UWP4jB4t7d
— World News Araştıran İnsan (@RH_News_World) August 4, 2022
WATCH: Thousands are ordered to evacuate in northern Japan, while three people went missing after torrential rains pounded the area, flooding roads and causing rivers to burst their banks in some regions. #floods #Japan pic.twitter.com/FnIsoky9w2
— BNN Newsroom (@BNNBreaking) August 4, 2022
Heavy rains have triggered mud/landslide and flood warnings in Fukui City, leading to evacuation orders affecting over 250,000 people. The threat level is currently at level 4 out of 5.https://t.co/VgbuJv9LjM
— Unseen Japan (@UnseenJapanSite) August 4, 2022
https://www.facebook.com/BRAVESPIRIT17/posts/pfbid0SZr58kWkaWSixNKBoYQ8Z2jJGjndyug8s3bGjEkqXz7XKtpQC8HRG21C64YaLgutl
https://www.facebook.com/nhkworld/videos/1249460212466127/
Setakat tengah hari ini, Jepun telah mengekalkan amaran Tahap 4 kedua tertinggi untuk beberapa bahagian di Wilayah Niigata.
Tahap 4 bermakna bencana yang serius boleh berlaku pada bila-bila masa dan adalah penting untuk penduduk berpindah ke tempat selamat secepat mungkin.
Pengumuman itu dibuat lebih awal, sejajar dengan dasar baharu di Jepun yang dilaksanakan pada bulan Jun lalu bertujuan untuk meningkatkan ketepatan ramalan zon kerpasan linear dan mengurangkan bahaya serta kerosakan yang disebabkan oleh hujan lebat.
Sumber: Japan Times