Siakap Keli
Kredit: AP

(Video) Lepas Hagibis Jepun Dilanda Banjir Besar Pula, Jambatan Runtuh & Ratusan Ribu Rumah Terjejas

Tokyo – Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan helikopter bagi menyelamatkan mangsa banjir apabila hujan lebat menimpa Tokyo dan kawasan sekitar setelah taufan kuat melanda mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut dan 15 orang hilang.

Menurut jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga memberitahu, seramai 27,000 pasukan tentera dan penyelamat dihantar untuk operasi menyelamat berskala besar.

“Taufan kuat ini telah menyebabkan kerosakan teruk dan menjejaskan kawasan yang luas di timur Jepun,” katanya.

Satu video di lokasi terlibat memaparkan banjir besar melanda wilayah Nagano dilanda setelah tambak Sungai Chikuma pecah, mengakibatkan air berlumpur memasuki kawasan penempatan dan menenggelamkan rumah-rumah penduduk.

Sementara itu, banjir turut menenggelamkan beberapa buah keretapi bullet yang diparkir di pusat operasi. Walaubagaimanapun beberapa perkhidmatan keretapi tetap diteruskan pada pagi ini sementara pemeriksaan keselamatan dijalankan ke atas beberapa fasiliti pengangkutan lain.

Di Fukushima, hanya bumbung rumah penduduk sahaja yang dapat dilihat akibat ditenggelami air. Pihak berkuasa turut memberi amaran atas risiko tanah runtuh dan lumpur yang telah meragut beberapa nyawa.

Sebanyak 376,000 buah rumah terputus bekalan elektrik manakala 14,000 rumah mengalami gangguan bekalan air.

Bot penyelamat dihantar ke lokasi kejadian sementara pasukan penyelamat menggali timbunan lumpur dan tanah untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh.

Sumber: NHK World, The Independent

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.