Siakap Keli
pembantu juruterbang terjun pesawat
Gambar: WRAL TV via Daily Star

Pembantu Juruterbang Terjun Pesawat Ketika Pendaratan Cemas Ditemui Mati

Sorang pembantu juruterbang yang terjun dari pesawat semasa pendaratan cemas dan hilang dalam satu kejadian di North Carolina, US baru-baru ini ditemui mati di taman sebuah rumah, lapor Daily Star.

Difahamkan, mangsa berusia 23 tahun itu hilang selepas terjun dari sebuah pesawat yang sedang melakukan pendaratan kecemasan akibat mengalami kerosakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh Durham pada Jumaat.

Menurut Ketua Operasi Wake County, Darshan Patel, “Hasil siasatan mendapati, mereka mengesahkan bahawa mangsa telah melompat keluar dari pesawat itu, berdasarkan laporan juruterbang,”

Mangsa yang juga merupakan seorang graduan dari Universiti Bucknell itu ditemui maut di taman sebuah rumah di Fuquay-Varina, terletak sekitar 48 kilometer dari selatan lapangan terbang itu.

Difahamkan, sebelum mangsa terjun dari pesawat berkenaan, juruterbangnya telah menghubungi menara kawalan lapangan terbang bagi melakukan pendaratan kecemasan.

Bagaimanapun, mangsa bertindak melompat keluar dari pesawat itu terlebih dahulu.

Hal itu membuatkan juruterbang terpaksa menjelaskan situasi yang berlaku tersebut kepada pegawai Federal Aviation Administration (FAA).

Gambar: WRAL TV via Daily Star

“Mangsa dipercayai terjun dari pesawat yang dinaiki tanpa sebarang peralatan dan payung terjun,” kata FAA kepada talian kecemasan 911.

Manakala rakan mangsa pula dibawa ke hospital dan identitinya tidak didedahkan kepada umum.

Terdahulu, mangsa bersama juruterbangnya membawa pesawat jenis CASA 212-200 sebelum mahu melakukan pendaratan cemas sekitar jam 2.48 petang waktu tempatan.

Pesawat yang rosak itu akhirnya melakukan pendaratan kecemasan kira-kira 18 minit selepas mereka menghubungi menara kawalan lapangan terbang tersebut.

Difahamkan, rakan mangsa sudah mengenalinya sejak tiga tahun lalu dan terbang bersamanya beberapa kali.

Sumber: Daily Star

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?