Siakap Keli
Wanita digilis
Gambar via SCMP

Tular Rakaman Wanita Maut, Dilanggar & Digilis Berkali-kali Kereta Dipercayai Dipandu Teman Lelaki

Seorang wanita dilaporkan maut dilanggar dan digilis dipercayai oleh teman lelakinya secara berulang kali. 

Semalam di Tangshan di wilayah Hebei, utara China, seorang wanita dilaporkan telah terjatuh dari sebuah kereta kemudian digilis berulang kali oleh sebuah kereta yang didakwa dipandu oleh teman lelakinya. 

Memetik SCMP, rakaman tersebut tular di media sosial China kelihatan orang awam cuba bertindak atas perbuatan tersebut. Mangsa dibawa ke hospital tempatan di mana dia telah disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. 

Difahamkan, suspek cuba melarikan diri selepas menyerang wanita itu sekitar tengah hari di hadapan pusat akuatik tertutup awam, namun berjaya diberkas oleh pihak polis pada lewat petang itu. 

Menurut pihak polis, kejadian itu berpunca dari pertelingkahan yang tidak ketahui antara pasangan itu dan siasatan masih diteruskan setakat ini. 

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan suspek memandu sebuah kereta berwarna putih dan kemudian mencampak mangsa keluar daripada kereta dan terus menggilis wanita malang itu. 

Dua lelaki dilaporkan berjaya mengheret mangsa keluar daripada bawah kereta, namun suspek berjaya menghidupkan semula enjin dan menggilis sekali lagi mangsa yang dilihat sudah tidak sedarkan diri terbaring di atas jalan tar. 

Video tersebut yang di kongsikan oleh Red Star News melalui aplikasi Weibo telah menerima lebih 40 juta kali tontonan pada petang Rabu lalu. Orang ramai terkejut dan marah dengan kejadian yang sekali lagi melibatkan kaum wanita. 

“Saya tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan ini. Daripada serangan terhadap kaum wanita di sebuah restoran tempoh hari dan yang terkini, saya melihat betapa tidak berdaya insan lemah ini yang tidak bernasib baik. 

“Walaupun peluang untuk terima lelaki seperti itu tipis, namun saya rasa lebih selesa hidup sendiri, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan membenarkan kadar perkahwinan dan kelahiran meningkat jika kebanyakan wanita masih rasa tidak selamat,” jelas mereka di Weibo. 

BACA JUGA: Gadis ‘Kudung’ Jari Hantu, Dedah Akibat 3 Hari Jari Terlilit Benang Sarung Tangan Masa Bayi

Sumber: SCMP

Faiz Mustafa