Siakap Keli
rider tak jadi mogok
Gambar: Growth Kitchen

Ada Rider Tak Jadi Mogok, Syarikat Tawar Bonus Tambahan 5 Hingga 7 Ogos Ini

Ada Rider Tak Jadi Mogok, Syarikat Tawar Bonus Tambahan 5 Hingga 7 Ogos Ini

Sekumpulan penghantar makanan dari salah sebuah syarikat membatalkan niat untuk melakukan mogok selama 24 jam bermula malam tadi hingga malam ini selepas syarikat tersebut mengembalikan ganjaran upah kepada mereka, menurut laporan Utusan Malaysia

Menerusi notis tersebut, syarikat penghantar makanan itu bersetuju memberikan bonus tambahan kepada penghantar makanan yang bekerja pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Flexi bonus Kembali lagi! Peluang terakhir anda (penghantar makanan) untuk dapatkan bonus tambahan pada minggu ini dengan bekerja pada 5 Ogos (Hari ini), 6 Ogos (Sabtu) dan 7 Ogos (Ahad).

“Sekiranya anda (penghantar makanan) bekerja di zon-zon berikut pada waktu peak hour (waktu kemuncak) di zon-zon berikut),” tulis syarikat berkenaan di sosial media.

Terdahulu, beberapa laman akhbar berita melaporkan bermula tengah malam tadi sekumpulan penghantar makanan dari beberapa syarikat bercadang melakukan mogok selama 24 jam dipercayai syarikat telah menyekat bayaran mereka.

Menurut Utusan Malaysia, ganjaran bonus daripada syarikat penghantaran makanan itu berjaya mengekang beberapa dari mereka yang berniat untuk terus melakukan kempen mogok tersebut.

“Mogok? Silakan, peluang aku nak cari rezeki. Waktu solat Jumaat kita tutup sekejap, lepas solat kita cedok (bekerja semula),” tulis seorang individu melalui hantaran di Facebook.

“Mogok apanya? Tengok jadual esok (hari ini) laku keras. Siapa yang amik? Jadual licin macam pisang goreng,” tulis individu lain, lapor Utusan.

BACA: Budak Maut, Tertindih Fon Tengah Cas Masa Tidur, Dada Ada Kesan Terbakar Dipercayai Fon ‘Meletup’

BACA: Dah 4 Tahun Tak Muncul, MAHA 2022 Kembali Bagai Syurga Makanan, Menyesal Kalau Tak Pergi

Sumber: Utusan Malaysia

Faiz Mustafa