Siakap Keli
Harry Maguire
Gambar: AFP

Hari Ini Dalam Sejarah, MU Tandatangani Maguire, Pertahanan Termahal Dunia Tiga Tahun Lalu

Hari Ini Dalam Sejarah, MU Tandatangani Maguire, Pertahanan Termahal Dunia Tiga Tahun Lalu

Manchester United melengkapkan pembelian pemain pertahanan England, Harry Maguire dari Leicester dengan harga RM 433 juta hari ini pada 2019 lalu.

Pemain antarabangsa England, pada ketika itu berusia 26 tahun, menandatangani kontrak enam tahun di Old Trafford dengan pilihan tambahan setahun dalam perjanjian yang melibatkan bayaran rekod dunia bagi seorang pemain pertahanan.

Maguire dikaitkan dengan kedua-dua Manchester, tetapi Leicester berjaya bertahan dengan penilaian mereka bahawa Maguire perlu dibayar dengan harga yang melebihi RM 406 juta, iaitu harga Virgil Van Dijk ketika Liverpool membeli pemain itu dari Southampton.

“Saya gembira telah menandatangani kontrak untuk kelab hebat ini. Saya benar-benar menikmati masa saya di Leicester dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di kelab, peminat, atas sokongan hebat mereka sepanjang dua musim lalu.

“Namun, apabila Manchester United datang, ia adalah peluang yang luar biasa. Daripada perbualan saya dengan pengurus, saya teruja dengan visi dan rancangan yang dia ada untuk pasukan. Jelas bahawa Ole (Gunnar Solskjaer) sedang membina pasukan untuk memenangi trofi,” tulis Maguire dalam laman web rasmi United.

Dia juga sudah tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan baharunya dan memulakan musim baharu, ketika itu.

Maguire telah membuat hampir 150 kemunculan untuk United dan dinamakan sebagai kapten, tetapi realiti yang perlu dia lalui mungkin jauh berbeza dari jangkaan awalnya ketika setuju untuk berpindah.

Kapten kesayangan para peminat MU ini melalui tempoh yang sukar terutamanya pada musim lepas selepas kerap kali dikecam peminat apabila kelab mengalami kekalahan dalam saingan liga.

Malah, Maguire juga muncul pemain EPL kedua paling banyak menerima kritikan peminat di laman Twitter, di belakang Cristiano Ronaldo.

BACA: Mahkamah Putuskan Anak Lahir Di Luar Negara Oleh Wanita Malaysia Tidak Layak Dapat Kerakyatan

Sumber: Yahoo Sport

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.