Siakap Keli

Malaysia Raih Pingat Emas Kelima Sukan Komanwel

Malaysia Raih Pingat Emas Kelima Sukan Komanwel

Berita gembira terus hadir daripada kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel 2022 yang berlangsung di Birmingham, England hari ini apabila skuad gymnasium berjaya menghadiahkan pingat emas kelima buat negara.

Melalui satu hantaran facebook oleh Majlis Olimpik Negara, pingat emas kelima berkenaan dihadiahkan oleh Ng Joe Ee dalam disiplin bola selepas meraih sebanyak 29.700 mata.

Malaysia menyasarkan enam pingat emas untuk edisi kali ini, bermakan hanya satu lagi pingat emas yang perlu dicari sebelum Sukan Komanwel berakhir.

Secara keseluruhan, Malaysia setakat ini meraih lima pingat emas, lima perak dan empat gangsa iaitu 14 pingat setakat ini.

Australia terus cemerlang mendahului carta pungutan pingat apabila meraih 54 emas, 45 perak dan 46 gangsa. Ia menjadikan kutipan pingat negara itu adalah 145 pingat.

Menghuni tangga kedua adalah tuan rumah dengan 47 emas, 47 perak dan 39 gangsa. Manakala di tangga ketiga adalah Kanada dengan 19 emas, 26 perak dan 27 gangsa. Pingat keseluruhan yang dikumpul England adalah 133 dan Kanada adalah 72.

Malaysia ketika ini tangga ke 10 carta daripada keseluruhan 38 buah negara.

Sumber: Majlis Olimpik Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

" "