Siakap Keli
Kredit: Twitter

Gadis Dipercayai Masak Nasi Goreng Campur Ubat Kumur

Seorang gadis cetus ‘kegemparan awam’ apabila dia memuat naik gambar nasi goreng yang dipercayai dimasak dengan campuran cecair ubat kumur hingga raih perhatian ramai.

Bukanlah dianggap satu rahsia lagi jika nasi goreng menjadi salah satu hidangan yang cukup digemari masyarakat Nusantara. Makanan yang terkenal di wilayah Nusantara ini dikenali sehingga ke luar negara, memiliki rasa yang lazat dan mudah dimasak.

Namun begitu, seorang warganet Indonesia pada baru-baru ini berjaya menciptakan satu ‘variasi’ baharu bagi hidangan tersebut, yang membuatkan sesiapa mungkin berasa ‘tidak teringin’ untuk menjamahnya.

Bukannya ditambah bahan masakan biasa seperti kicap atau sos, malah dia mencampur hidangan tersebut dengan cecair ubat kumur.

“Nasi goreng pakai L******** enak juga ya,” hantaran seorang pemilik akaun Facebook bernama Dimas Dura yang telah dikongsikan semula oleh akaun Twitter @humormasyarakat.

Dalam gambar hidangan itu, kelihatan warna nasi goreng itu sangat aneh iaitu berwarna perang dengan sedikit kebiru-biruan.

Selain itu, kelihatan juga sebotol ubat kumur bersebelahan hidangan tersebut. Tulisan pada botol ubat kumur itu adalah ‘aroma pudina dengan efek dingin’.

Perkongsian itu pun telah mendapat perhatian daripada pihak warganet yang lain dan kebanyakannya merasa ‘kesal’ terhadap nasib hidangan yang dicampurkan ubat kumur itu.

Terdapat pelbagai balasan warganet terhadap ciapan tersebut:

Kredit: Twitter

“Aduh, lepas makan mesti keluar buih dari mulutnya”

Kredit: Twitter

“Nasi gorengnya rasa pudina”

Kredit: Twitter

“Mazhab untuk orang cari perhatian”

Resepi yang ‘berangin’ ini telah mencetuskan rasa gusar warganet disebabkan warna masakan itu membuatkan mereka merasa ‘turned off’ untuk mencuba resepi tersebut.

Sumber: Indo Zone

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma