Pelancong Terakam ‘Lembaga Hitam’ Lintas Dalam Rumah Paling Berhantu Di UK
Seorang pelancong berjaya merakam detik-detik ‘kelibat misteri’ melintasi pintu dalam sebuah rumah tular di media sosial, lapor Mirror.
Penampakan itu dikatakan berlaku ketika seorang pelancong sedang berjalan menuju tingkat atas rumah lalu ternampak ‘lembaga’ dalam sebuah bilik di Aston Hall Birmingham pada hujung minggu lalu.
Menurutnya, tangga rumah itu ‘berderit’ ketika dipijak kerana usia rumah tersebut yang telah lama.
Selain itu, pengunjung juga akan memanggil “Mary” yang merupakan salah seorang hantu paling terkenal di rumah tersebut.
Mary dianggap sebagai ‘Grey Lady’ Mary Holte yang kononnya pernah dikurung oleh bapanya.
Pada ketika itu, dapat dilihat terdapat ‘lembaga hitam’ melintasi bilik melalui pintu yang terbuka tersebut.
Selepas para pelancong memperkenalkan diri dan mengarahkan lembaga tersebut untuk menunjukkan diri, lembaga itu dilihat mundar-mandir sekali lagi melepasi pintu di dalam bilik berkenaan.
Rakaman video itu telah dikongsikan oleh @sabcarl8890 melalui akaun Tiktok miliknya.
Pemilik video sempat menjelaskan bahawa mereka hanya ingin melihat sekeliling rumah abad ke-17 itu dan penampakan lembaga itu telah dirakam secara tidak sengaja.
Aston Hall itu merupakan rumah kepada keluarga Holte sejak 200 tahun lalu dan antara rumah yang terselamat daripada serangan perang saudara.
Rumah gah itu telah dibina khas untuk Sir Thomas Halte yang terkenal dengan sifatnya yang garang dan agresif.
Bangunan itu telah dilaporkan mempunyai sejumlah hantu dan pada 2019, bangunan itu dikenalpasti sebagai lokasi paling berhantu di United Kingdom.
Salah satu hantu yang paling terkenal di situ ialah anak perempuan Sir Thomas iaitu Elizabeth Mary Holte.
Menurut cerita mulut ke mulut, Mary Holte menjadi gila selepas dikurung oleh bapanya dalam sebuah bilik sebelum meninggalkannya selama 16 tahun.
Bapanya, Sir Thomas didakwa berang selepas mengetahui Mary ingin mengahwini lelaki yang tidak direstui sebelum bertindak untuk mengurungnya dalam sebuah bilik.
Walau bagaimanapun, kisah itu tidak dapat disahkan secara rasmi meskipun telah dilaporkan secara meluas.
Ekoran kisahnya yang meluas, orang ramai menganggap penampakan lembaga wanita itu ialah hantu Mary Holte yang patah hati.
Jurucakap Muzium Birmingham menyatakan bahawa Aston Hall telah dimiliki oleh golongan bangsawan malah menerima kunjungan dari semua lapisan masyarakat.
@sabcarl8890 #astonhall#birmingham#reallifeghost#foryourpage#fyp#paranormalactivity#scary#ticktock
Sumber: Mirror.co.uk
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”