Siakap Keli
Gambar: Bernama

Projek LCS Diteruskan, Kapal Pertama Dijangka Siap Dalam Tempoh Dua Tahun – Hishammuddin

Projek LCS Diteruskan, Kapal Pertama Dijangka Siap Dalam Tempoh Dua Tahun – Hishammuddin

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) akan diteruskan dan kapal pertama dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Bercakap mengenainya di sidang Dewan Negara pagi ini, Hishammuddin berkata kementeriannya memberikan kerjasama yang menyeluruh kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan isu LCS.

“Kerjasama kita kepada PAC telah menyeluruh di mana kita telah berdepan dengan PAC lebih daripada 15 kali.

“Perancangan kita ke depan dalam masa enam bulan atau tiga bulan, saya akan laporkan pada kabinet, sedang rancak berjalan,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa pihak yang bersalah akan tetap dibawa ke muka pengadilan dan kecewa dengan apa yang berlaku.

“Tetapi kita mesti lihat ke hadapan, mencari keadilan, memastikan kapal ini dapat dibekal kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan mencari jalan yang terbaik untuk memastikan ia tidak berulang di masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, beliau juga berkata kapal Pertama dijangka akan siap dalam tempoh dua tahun.

“Sekurang-kurangnya dalam masa setahun dua ini saya harap bahawa kapal pertama akan dapat kita siapkan.

“Saya akan laporkan kepada orang ramai jadual berperingkat-peringkat dan kapal-kapal yang dijanjikan kepada TLDM serta saya akan maklumkan kepada kabinet apa yang dilakukan,” ujarnya.

Sumber: Astro Awani

Sofea

There's always another side to every story