Siakap Keli
Shuib Dedah Video Sering Buat Dirinya Sedih
Gambar via Instagram Shuib

Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Video Arwah Yang Sering Buat Dirinya Sedih

Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Kongsi Video Arwah Yang Sering Buat Dirinya Sedih

Pemergian arwah Siti Sarah benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua pihak, orang awam mahupun mereka yang terlibat industri seni tanah air. Lebih-lebih lagi buat suaminya, Shuib yang telah membina mahligai cinta bersama arwah selama 11 tahun sebelum beliau ‘pulang’ ke negeri abadi berpunca dari virus Covid-19. 

Difahamkan, tiga hari yang lalu, Shuib menyambut ulang tahun kelahiran pertama anak bongsunya, Ayash Affan. Meskipun begitu, dia masih diselubungi perasaan sedih dengan pemergian isteri tercinta dan mengaku masih menyimpan barangan peribadi milik arwah. 

Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram miliknya, Shuib berkongsi satu video klip kenangan bersama Allahyarhamah Siti Sarah yang sering menimbulkan rasa sedih buat dirinya kepada umum. Menurutnya, ketika itu, Siti Sarah sedang hamil lima bulan dan teringin makan di tempat kegemarannya. 

“Genap setahun sayang pemergian awak. Inilah video yang selalu buat saya sedih yang teramat. Masa ni hamil 5 bulan, awak nak sangat makan tempat kegemaran awak, berkali-kali call sebab nak ajak pergi makan. Bila saya pergi ambil, buat pula muka comel, dengan manjanya skali,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Disamping itu, Shuib sempat berpesan kepada para suami di luar sana untuk turuti sahaja kemahuan isteri sehabis baik kerana mungkin itu adalah permintaan terakhir mereka. 

“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia dan akhirat. Amin, Al-Fatihah buat SITI SARAH BT RAISSUDDIN,” tulisnya lagi. 

Sumber: Shuib Sepahtu (Instagram) 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.