Siakap Keli
cicak terbang

Cicak Terbang, ‘Draco Lizard’ Meluncur Bak Naga

Cicak Terbang, ‘Draco Lizard’ Meluncur Bak Naga

Bumi ini menyimpan terlalu banyak rahsia alam yang kita tidak tahu. Sehingga hari ini, saintis menjangkakan terdapat 8.7 juta spesies wujud di muka bumi, namun kita hanya telah berjaya membongkarkan 14 peratus spesies daratan dan 9 peratus spesies lautan daripada kesemua spesies yang wujud.

Sejak berjuta-juta tahun lalu, kisah naga menjadi salah satu mitos mahupun cerita legenda yang menarik perhatian ramai orang, dalam atau luar negara.

‘Naga’ akhirnya ditemui masih hidup

Menerusi video daripada BBC, kehidupan ‘naga‘ ini telah didedahkan secara terang-terangan.

Cicak terbang atau genus Draco ini merupakan sejenis reptilia.  Dikenali sebagai naga kerana mampu terbang melalui membran yang boleh dipanjangkan sehingga terbentuk sayap (patagia – dibentuk daripada rusuk yang diperbesarkan).

Hidup di hutan tropika Asia Tenggara, haiwan ini memiliki 8 hingga 10 inci panjang serta mampu meluncur sejauh 60 meter (200 kaki).

Makanan mereka termasuk serangga kecil seperti anai-anai. Uniknya spesis ini, mereka biasanya tidak turun daripada pokok melainkan ketika musim pembiakan, dimana si jantan menggunakan membran untuk menarik perhatian si betina sehingga proses mengawan dimulakan.

Setelah bertelur, draco betina akan membuat lubang kecil di dalam tanah, meletakkan kira-kira 4 hingga 5 biji telur dan menutupinya dengan tanah dan daun. Selepas itu, ia akan meninggalkannya dan kembali ke atas pokok.

Sumber: National Geographic, BBC

Nur Farra