Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Cuba Seberang Sungai
INDIA – Seorang lelaki dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum ditarik jauh ke dalam air dan dibunuh oleh seekor buaya, lapor Independent.
Mayat mangsa dijumpai beberapa jam selepas misi pencarian dilakukan.
Menurut media tempatan, mangsa, 30 itu dilaporkan telah ditarik ke dalam air sungai Dhadar di kampung Sokhdaraghu.
Sebuah video menunjukkan buaya itu melarikan diri dan hilang selepas menarik mayat lelaki itu ke dalam sungai bersamanya.
Lelaki itu dilaporkan cuba untuk melepaskan dirinya ketika dibaham oleh buaya tersebut.
Setelah menerima laporan mengenai insiden itu, pegawai hutan bergeas ke tempat kejadian dan melancarkan operasi pencarian.
Mayat mangsa ditemui sekitar jam 10 malam.
Menurut pegawai, bahu mangsa kelihatan terkoyak akibat gigitan buaya tersebut.
“Kami sedang berusaha untuk mengetahui bagaimana mangsa boleh berakhir dalam sungai kerana penduduk tempatan menyaksikan serangan itu hanya selepas dia sudah berada dalam air,” ujar pegawai bertugas.
“Saya rasa dia pasti tergelincir dari tembok lalu terjatuh ke dalam sungai. Ekoran itu, buaya ganas itu menangkap dan menyeretnya pergi,” kata abang mangsa.
Walau bagaimanapun, beberapa penduduk tempatan mendakwa lelaki itu mungkin cuba menyeberangi sungai yang didiami oleh berpuluh-puluh ekor buaya.
Penduduk tempatan mendakwa kawasan itu terdedah kepada serangan maut daripada reptilia itu dan beberapa kejadian telah dilaporkan dari kawasan itu pada masa lalu.
વડોદરાની ઢાઢર નદીમાં મગરે યુવકનો શિકાર કર્યો
30 વર્ષીય આ યુવાન મગરનો શિકાર બન્યો હતો
નદીમાં બે કલાક ખેલાયો ખૂની ખેલ
સોખડારાઘુ ગામનો યુવક ઢાઢર નદીમાં ગયો હતો#vadodara #viral #gujarat #crocodile pic.twitter.com/t4gNHX7apY— Hiren Patel (@HirenPa307) August 7, 2022
Sumber:Independent.co.uk
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”