Siakap Keli
Wanita Dilapor Maut Terkena Peluru Sesat
Gambar: metro

Percutian Gembira Bertukar Tragis, Wanita Dilapor Maut Terkena Peluru Sesat

Percutian Gembira Bertukar Tragis, Wanita Dilapor Maut Terkena Peluru Sesat

AFRIKA SELATAN – Seorang wanita Britain dilapor maut dalam insiden tembakan peluru sesat ketika sedang bercuti di Afrika Selatan, lapor Metro UK.

Wanita berusia 47 tahun itu juga merupakan guru sekolah dan ibu kepada empat orang anak. Mangsa dilaporkan pergi bercuti di Afrika Selatan disebabkan ingin melawat keluarga dan rakan-rakannya di Johannesburg.

Wanita itu tinggal bersama anak perempuannya yang berusia 19 tahun di sebuah rumah yang terletak di kawasan Estet Meyersdal View apabila dia terkena peluru sesat tersebut sehingga membawa maut.

Menurut laporan, paramedik bergegas ke tempat kejadian yang terletak di pinggir bandar itu tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan nyawa wanita tersebut dan akhirnya dia disahkan telah meninggal dunia di hospital.

Suami wanita itu yang berasa sedih dan kecewa memberitahu, beliau mengesyaki tembakan maut itu dilepaskan oleh seseorang yang bermain dengan pistol di dalam rumah.

Namun, sangkaan lelaki itu meleset apabila peguam bela, Yusuf Abramjee telah mendakwa senjata api itu dilepaskan oleh saudara mereka sendiri yang sedang membersihkan senjata ketika itu.

Tetapi dia kemudian mendakwa pistol itu ‘terlepas secara tidak sengaja apabila ahli keluarga menunjukkannya kepada orang ketiga’.

Polis Afrika Selatan di sana tidak mengulas mengenai punca kematian pada awal siasatan mereka kerana kematian wanita itu masih terlalu awal dan siasatan dari pihak mereka juga masih sedang dijalankan.

Malam selepas kematiannya, suaminya sedang bersiap untuk terbang ke Afrika bersama anak sulungnya. Berita kematian itu amat mengejutkan mereka.

Seseorang memberitahu dengan berkata, “kejadian ini telah mengejutkan keluarga itu,” katanya.

“Fatima adalah ibu kepada empat anak yang sangat disayangi dan sedang menikmati percutian bersama keluarganya di Afrika Selatan tetapi dia telah ditembak mati,” katanya lagi.

Menurut laporan juga, mayat wanita itu akan dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan. Di samping itu, siasatan juga akan dilakukan untuk mengetahui bagaimana wanita itu boleh begitu dekat dengan seseorang dengan pistol yang sedang dibersihkan.

Kakitangan di Kolej Leicester, tempat dia bekerja menyatakan rasa terkejut mereka selepas mengetahui tentang tragedi itu.

Satu kenyataan di Twitter berkata, “semua orang di The City of Leicester College sangat terkejut dan sedih mendengar tentang kematian tragis rakan sekerja kami. Kami semua mendoakan keberanian dan keamanan keluarganya pada masa ini,” ulas mereka.

Sumber: Metro UK

Nurlizah Khazani