Kawah Berbentuk Telinga Ditemui Di Planet Marikh
Kawah berbentuk telinga manusia dijumpai oleh kapal angkasa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di planet Marikh, lapor akhbar New York Post semalam.
Kawah tersebut dikatakan menyerupai telinga manusia kerana mempunyai bahagian bentuk cuping dan saluran telinga.
Perkara itu dilaporkan terjadi akibat daripada hempasan batu angkasa ke permukaan planet Marikh.
Kawah ini dikesan di hemisfera utara Marikh dan ia sepanjang 1.8 kilometer (km).
NASA menamakan kawah tersebut dengan contoh pareidolia, di mana kita membayangkan ciri, seperti muka atau corak dalam objek.
Menurut NASA, “Dalam kes ini kami mendapati kawah hasil hentaman yang berbentuk ganjil dan sangat mirip dengan telinga manusia”.
Tambah NASA lagi, “Sebaik sahaja anda melihatnya, hampir mustahil untuk tidak dapat dilihat”.
Sumber : TheSun
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”