Nak Elak Dari Ditahan, Suspek Nekad Menyorok Dalam ‘Teddy Bear’
Polis berjaya menahan seorang remaja lelaki yang bersembunyi di dalam sebuah teddy bear gergasi selepas menyedari teddy bear tersebut bernafas, lapor Daily Mail.
Remaja dari Rochdale tersebut difahamkan telah besembunyi daripada pihak polis selepas mencuri sebuah kereta dan gagal membayar duit minyak pada bulan Mei lalu.
Semasa proses pencarian remaja itu dilakukan, pihak polis yang memasuki sebuah rumah terkejut apabila menemui sebuah teddy bear berukuran 5 kaki ‘bernafas’ sebelum mendapati bahawa suspek telah mengoyakkan patung tersebut dan menyorok di dalamnya.
Remaja tersebut telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Manchester dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan atas tiga kesalahan iaitu mencuri kereta, memandu semasa hilang kelayakan dan meninggalkan stesen minyak tanpa membayar.
Pegawai polis yang terlibat menceritakan situasi semasa mereka mendapati teddy bear tersebut kelihatan seperti bernafas.
Mereka menemui remaja tersebut yang bersembunyi di dalam teddy bear lalu menariknya keluar.
Remaja tersebut telah menjadi buruan polis sejak Mei selepas dia mencuri kereta jenis Mitsubishi ASX dan mencuri minyak di stesen minyak berhampiran.
Polis Rochdale turut mengeluarkan kenyataan mengenai kes itu di Facebook rasmi mereka.

Terdapat banyak reaksi dan komen-komen yang diberikan oleh penduduk sekitar mengenai cara remaja tersebut bersembunyi di dalam teddy bear bagi mengelak dirinya ditangkap polis.
Sumber : Mail Online
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”