Siakap Keli
qatar mahu perlawanan pembukaan diawalkan sehari
Gambar: EPA/Getty Images via Daily Mail

Piala Dunia Qatar: FIFA Mungkin Awalkan Sehari, Tuan Rumah Nak ‘Elak’ Bunga Api

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bersedia menukar tarikh perlawanan Qatar awal sehari ekoran tuan rumah tidak mahu pertunjukan bunga api pada perlawanan pembuka tirai, lapor Daily Mail.

Piala Dunia edisi 2022 yang bakal menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah dijangka bermula awal sehari iaitu 20 November 2022. Pada awalnya, temasya itu dijadual bermula pada 21 November dengan perlawanan pembuka tirai antara Senegal menentang Belanda.

Bagaimanapun, selepas mendapat rayuan daripada tuan rumah, FIFA bakal mengubah tarikh rasmi piala dunia itu awal sehari bagi membenarkan pasukan Qatar bermain dalam perlawanan pembukaan tirai.

Difahamkan, sebelum itu, perlawanan antara Qatar menentang Ecuador dijadualkan pada hari Isnin 21 November namun diubah sehari awal pada jam 7 malam bersamaan 4 petang waktu tempatan.

Qatar pada awalnya menolak untuk bermain dalam perlawanan pembukaan pada jam 1 petang waktu tempatan pada 21 November.

Punca penolakan itu difahamkan merupakan keinginan pemimpin Qatar, Emir Tamim bin Hamad Al Thani ekoran pertunjukan bunga api yang diadakan menandakan penampilan Qatar di pentas Piala Dunia itu.

Bagi pemimpin Qatar itu, penonton dibimbangi akan lebih terarah melihat pertunjukan bunga api itu berbanding perlawanan negaranya sendiri ketika pembukaan itu.

qatar mahu perlawanan pembukaan diawalkan sehari
Gambar: APA Images via Daily Mail

Sehubungan itu, tarikh kedua-dua acara itu diubah bagi melancarkan piala dunia di Qatar itu. Walau bagaimanapun, keputusan untuk menukar tarikh mula temasya itu masih memerlukan kelulusan Presiden FIFA, Gianni Infantino dan majlis biro serta pemimpin setiap konfederasi benua.

Penjadualan semula tarikh mula itu akan diberikan dalam tempoh beberapa hari akan datang, lapor Athletic. Hal ini bermakna, Piala Dunia Qatar berkemungkinan akan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember 2022.

Menurut laporan New York Times, dalam surat yang dihantar kepada ahli-ahli biro, FIFA menyatakan bahawa perlawanan pertama kebiasaannya akan menampilkan sama ada antara tuan rumah atau juara bertahan dan sudah menjadi tradisi yang menandakan permulaan kejohanan berprestij itu.

Pihak pengurusan FIFA juga telah meneliti implikasi komersial dan undang-undang mengenai cadangan tersebut termasuk melewati hak media, penaja, tiket, kesan kepada peminat dan sebarang risiko yang perlu di atasi.

qatar mahu perlawanan pembukaan diawalkan sehari
Gambar: AFP via Daily Mail

Difahamkan, perlawanan pertama bakal berlangsung di Stadium Al Bayt yang berkapasiti 60,000 orang dan terletak 43 kilometer dari Doha. Reka bentuk stadium ini juga seperti khemah tradisional arab yang dikenali ‘bayt al sha’ar’.

Tambahan pula, menjelang bulan November ini, suhu di Qatar dijangka mampu melebihi 30 darjah celsius. Oleh itu, reka bentuk stadium itu telah dilengkapi dengan sistem bumbung yang boleh dibuka tutup.

Sumber: Daily Mail

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?