Siakap Keli
MySejahtera Nafi Hantar Mesej Bantuan Kewangan
Gambar: ai_azman

Scam: MySejahtera Nafi Hantar Mesej Bantuan Kewangan, Gesa Orang Ramai Berwaspada

Scam: MySejahtera Nafi Hantar Mesej Bantuan Kewangan, Gesa Orang Ramai Berwaspada

Penipuan ataupun ‘scam’ merupakan perkara yang sudah tidak asing lagi.

Pelbagai taktik dan cara yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi mendapatkan wang daripada individu yang teraniaya.

Lazimnya, isu penipuan ini sering berlaku dalam golongan warga emas kerana kurangnya pendedahan terhadap isu ini.

Namun, isu penipuan seperti ini tidak lagi tertumpu terhadap golongan tua malah golongan muda.

Antara taktik-taktik yang digunakan untuk menipu adalah dengan menyamar menjadi agensi bantuan kerajaan.

Sebagai contoh, kebelakangan ini pengguna telefon sering mendapat pesanan yang menyatakan mereka menerima bantuan wang ringgit daripada aplikasi Mysejahtera.

Berhubung dengan pesanan itu, Mysejahtera telah mengeluarkan kenyataan bahawa agensi mereka tidak menawarkan apa-apa bantuan dari segi kewangan seperti yang diterima oleh kebanyakan individu.

Mysejahtera telah mengklasifikasikan pesanan yang sering diterima oleh orang awam itu adalah sebagai modus operandi penipu yang ingin mengambil kesempatan.

Justeru daripada itu, orang awam dinasihati untuk terus berwaspada dan elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan yang seterusnya.

Sumber: Twitter Mysejahtera

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.