Siakap Keli
Supermoon
Kredit Sherwin Lucin Revilleza jr

Seluruh Dunia Berpeluang Saksikan Fenomena Supermoon Terakhir Malam Ini

Seluruh Dunia Berpeluang Saksikan Fenomena Supermoon Terakhir Malam Ini

Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan kejadian fenomena alam iaitu “Fenomena Supermoon” pada malam ini. Fenomena yang terjadi pada malam ini merupakan fenomena supermoon keempat dan kali terakhir untuk tahun ini.

Supermoon yang terjadi pada malam ini berada pada 361408.9 kilometer dari bumi, berbanding pada bulan Julai lalu dengan jarak 357418.1 kilometer.

Kecerahan bulan pada fenomena kali ini juga memungkinkan planet Zuhal dapat dilihat daripada Bumi malam ini.

Supermoon seterusnya pula dijangka berlaku pada 1 Ogos 2023. Ia diikuti dengan kejadian Blue Moon pada 30 Ogos pada bulan yang sama.

Supermoon
Gambar via Sherwin Lucin Revilleza jr

Orang ramai di seluruh dunia juga tidak ketinggalan untuk menangkap gambar Fenomena Supermoon yang jarang berlaku ini.

Pelbagai foto-foto supermoon turut dikongsikan oleh pengguna media sosial di akaun masing-masing.

Terdahulu, fenomena supermoon berlaku pada bulan Mei, Jun dan Julai. Ketika fenomena ini berlaku, bulan kelihatan lebih besar daripada biasa disebabkan faktor jaraknya yang berada lebih dekat dengan Bumi.

Sumber: Time and Date

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka