Siakap Keli
Badan Lelaki Ini Penuh Dengan Lebam
Gambar via Daily Star

Tersalah ‘Landing’, Badan Lelaki Ini Penuh Dengan Lebam Setelah Selesai Lakukan Aksi Lagak Ngeri

Tersalah ‘Landing’, Badan Lelaki Ini Penuh Dengan Lebam Setelah Selesai Lakukan Aksi Lagak Ngeri

PERANCIS – Seorang lelaki dilapor mengalami lebam di seluruh badannya selepas membuat aksi lagak ngeri dengan melompat dari atas bumbung untuk bermain gelongsor air, lapor Daily Star.

Fanatik dengan sukan air, lelaki tersebut berkongsikan klip video dirinya melompat dari atas bumbung yang telah mengejutkan ramai netizen yang melihatnya.

Difahamkan, dia berbuat demikian disebabkan memasuki pertandingan di Frenzy Place, Perancis.

Pada klip video tersebut, jelas terlihat aksinya ketika ingin melompat disorak oleh kehadiran penonton di sana.

Dia kemudian melakukan terjunan dengan melompat turun ke atas gelongsor sebelum mendapat tanjakan dan dilemparkan ke udara.

Lelaki itu terlihat seperti gagal membuat lompatan yang bagus di mana dia menunjukkan lompatan itu membuatkan badannya mengalami kesan lebam yang banyak di seluruh badannya.

Sehubungan dengan itu, lelaki itu turut berkongsi video barunya di laman media sosial Instagramnya di mana dia menunjukkan kesan merah pada peha dan lebam yang ungu kehitaman di belakang badannya.

Walaupun dia memberitahu kecederaan mahupun lebam yang dialami tidak begitu teruk, netizen yang melihatnya tetap menzahirkan kebimbangan mereka terhadap lelaki itu.

Namun begitu, pihak Frenzy Palace telah mengeluarkan kenyataan mereka untuk menjelaskan semua kerisauan netizen akan pertandingan yang dibuat rentetan dari tularnya klip video lelaki berkenaan.

Pihak mereka berkata, peserta di dalam pertandingan itu telah menandatangani perjanjian bahawa setiap tindakan yang diambil oleh peserta adalah di bawah risiko mereka sendiri.

Mereka turut menjelaskan, risiko yang diambil peserta bukanlah di bawah tanggungjawab Frenzy Palace sekiranya terdapat kecederaan semasa melakukan terjunan.

“Semua peserta telah menandatangani dokumen atau pengisytiharan supaya dapat membuat lompatan ini tanpa liabiliti ditanggung sekiranya berlaku kecederaan serius,” ujar mereka.

Sumber: Daily Star, Instagram

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani