Siakap Keli
blind spot lori yang ramai tak tahu
Gambar: pakcikshell

Boleh Undang Bahaya, Ini ‘Blind Spot’ Lori Yang Ramai Tak Tahu

Boleh Undang Bahaya, Ini ‘Blind Spot’ Lori Yang Ramai Tak Tahu

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan sebuah kereta dilanggar oleh sebuah lori di satu simpang.

Apa yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah, kereta tersebut telah dihimpit oleh lori berkenaan kerana ia berada pada titik buta atau blind spot lori tersebut.

Antara salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kemalangan melibatkan lori adalah blind spot.

Ia kerana, tak ramai yang tahu bahawa lori-lori besar ini lazimnya tidak dapat melihat dengan jelas ruangan sekeliling.

Justeru daripada itu, sekiranya pengguna jalan raya berada di bahagian blind spot lori, peratusan untuk berlakunya kemalangan itu adalah agak tinggi.

Sehubungan dengan itu, pengguna Instagram bernama pakcikshell ada berkongsikan tentang sisi blind spot pemandu lori yang pastinya ramai tidak tahu.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa sisi blind spot yang tidak dapat dilihat oleh pemandu lori terletak di bahagian depan, sisi kiri dan kanan.

Untuk mengetahui dengan lebih jelas, tonton video seperti berikut:

Sumber: pakcikshell

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.