Siakap Keli
ipay88 data kad tertiris
Gambar: Google

iPay88 Umum Insiden Keselamatan Siber Berlaku, Data Kad Berpotensi Tertiris

Kenyataan media mengenai insiden keselamatan siber: iPay88

Syarikat penyedia perkhidmatan transaksi dalam talian, iPay88 dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam melaporkan bahawa terdapat insiden keselamatan siber yang dihadapinya di mana data kad berpotensi tertiris.

Menurut kenyataan itu lagi, selepas masalah berkenaan dikesan, pihaknya terus melancarkan siasatan pada 31 Mei lepas termasuk memanggil pakar keselamatan siber untuk menangani isu berkenaan.

”Proses pembendungan berjaya dan tiada lagi aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikesan sejak 20 Julai lalu.

”Untuk memastikan keselamatan data kad, kami telah melaksanakan pelbagai pendekatan kawalan bagi mengetatkan lagi sistem keselamatan untuk berdepan dengan mana-mana ancaman akan datang,” menurut kenyataan tersebut.

Siasatan masih berjalan ketika ini dan iPay88 bekerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam menguruskan insiden ini.

iPay88 juga berkata maklumat-maklumat tambahan akan dikongsikan dari masa ke masa serta semua rakan kerjasama perkhidmatan kewangannya sudah pun dimaklumkan dengan situasi yang berlaku.

Di akhir kenyataan media berkenaan, iPay88 berkata pihaknya akan terus memantau dan memastikan keselamatan data kad semua pelanggannya terpelihara.

Sumber: iPay88

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka