Siakap Keli
maut dirempuh remaja bawa treler
Gambar: Utusan

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Remaja Bawa Lori Tiada Lesen Memandu

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Remaja Bawa Lori Tiada Lesen Memandu

Seorang penunggang motosikal dilapor maut selepas dirempuh oleh sebuah lori di Jalan Baru Dengkil-Salak Tinggi berhampiran Kota Warisan di sini, malam tadi.

Memetik laporan Utusan, kejadian yang berlaku pada pukul 10.30 malam itu membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 26 tahun yang dilapor maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati bahawa lori yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 18 tahun itu secara tiba-tiba mengubah haluan dari lorong kiri masuk ke lorong jalan menghala ke Dengkil sebelum merempuh mangsa.

Jelasnya, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 datang dari arah Petronas Ampar Tenang menghala keluar ke Cyberjaya sebelum dirempuh lori berkenaan.

“Siasatan juga mendapati, pemandu lori tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” memetik laporan Utusan Malaysia.

Tambahnya, mangsa merupakan warga Kampung Sungai Sekkah, Nilai, Negeri Sembilan dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk di bedah siasat.

@utusantvofficial

Pemandu lori merupakan seorang remaja berusia 18 tahun tanpa lesen memandu. Kejadian di Jalan Baru Dengkil, Salak Tinggi di Kota Warisan, 10.30 | 11 OGOS 2022. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Sumber: Utusan

Aqmal Ezany

I write what is right