Kuda Penarik Gerabak Kurus Kering Pengsan Tengah Panas, Viral Dikdawa Kena ‘Siksa’ Pula Dengan Tuan
Seekor kuda gerabak yang keletihan dilaporkan rebah di jalan Manhattan, New York pada Rabu lalu dikatakan terbaring di atas jalan tar manakala pemandunya secara berulang kali memukul serta mengarahkannya untuk bangun.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang saksi, lutut haiwan tersebut kelihatan melengkung menerusi rakaman video yang dimuat naik.
Ketika itu, dilihat juga pemandu menyentaknya dan menampar kuda itu dalam cubaannya untuk membuat ia kembali berdiri semula.
Salah seorang saksi, Kelvin Gonzalez, yang melihat kuda tersebut rebah kemudian diseksa oleh pemiliknya boleh dilihat dengan amat jelas bahawa kuda itu sedang mengalami kekurangan zat makanan, dehidrasi dan kelaparan.
Pemilik kuda tersebut dilihat menyebat kudanya dan memaksa ia bangun walaupun jelas kelihatan kuda itu dalam keadaan yang sangat lemah. Sepatutnya yang dia perlu lakukan adalah memberi kuda itu sedikit air supaya lebih bertenaga.
“Saya beritahu dia untuk berhenti menyebat dan berikan dia air, itu kuda bukan mesin.
“Ia benar-benar menyedihkan dan dengan sekali pandang saja sudah boleh tahu bahawa kuda ini tidak dijaga dengan baik,” katanya.
Kemudian, sekumpulan pegawai polis tiba dan menyiram kuda tersebut menggunakan pancuran air yang membuatkan kuda tersebut akhirnya berdiri selepas lebih satu jam ia rebah.
Menurut laporan pihak polis, unit NYPD kemudian mengangkut haiwan itu ke lokasi yang tidak diketahui untuk merawat kuda tersebut.
times square nyc horse collapsed from heat exhaustion after working in 90° heat all day. she’s already malnourished to begin with. stop supporting carriage rides. stop supporting animal abuse. #NYC pic.twitter.com/GkkyGpb50h
— grace channel (@gracechannel0) August 10, 2022
Sumber: NYP, Grace Channel