Siakap Keli
Pengantin Lelaki Bongkar Isteri Curang
Gambar via Shiksha News

Tetamu Terkejut Besar, Pengantin Lelaki Tayang Video Curang Bakal Isteri Dengan Abang Ipar Di Skrin Besar Masa Sanding

Tetamu Kenduri Terkejut Besar, Pengantin Lelaki Tayang Video Curang Bakal Isteri Dengan Abang Ipar Di Skrin Besar 

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bagi setiap pasangan bertukar tragik apabila ia menjadi tempat pembongkaran kisah kecurangan pengantin perempuan bersama abang iparnya sendiri. 

Menerusi video yang tular dengan tajuk ‘Pengantin perempuan curang’, pengantin lelaki dengan sengaja memancarkan projektor pada skrin di majlis perkahwinan tersebut. 

Difahamkan, rakaman tersebut memaparkan pengantin perempuan bersama abang iparnya yang sedang berdua-duan di dalam sebuah bilik. 

“Kamu fikir saya tak tahu tentang apa yang berlaku?” tengking pengantin lelaki kepada pengantin wanita tersebut. 

Dalam pada itu, kelihatan juga pengantin perempuan melemparkan jambangan bunga kepada pengantin  lelaki sebaik sahaja rakaman video tersebut dimainkan. 

Memetik Marca, pengantin perempuan berkelakuan seperti itu kerana sering dipukul dan didera oleh kekasihnya yang merupakan pengantin lelaki di dalam majlis tersebut. 

BACA: Seoul Haramkan Rumah Bawah Tanah Selepas Keluarga Maut Terperangkap Banjir

BACA: Kadar Inflasi Turki Cecah 70% Kerana OPR Terlalu Rendah, Kenapa OPR Turun Ibarat ‘Ubat’ Pulihkan Ekonomi Negara Yang ‘Tenat’

Sumber: Marca

Faiz Mustafa