Siakap Keli
hernia sebesar bola
Gambar: Youtube

Mengembang Setiap Kali Batuk, Lelaki Menderita Hernia Sebesar Bola Di Perut

Hernia Sebesar Bola Sepak

Hernia berlaku apabila organ dalaman tubuh manusia yang menolak bahagian tubuh yang lemah menerusi otot atau tisu anda.

Terdapat beberapa jenis hernia yang boleh dialami sesetengah orang antaranya hernia inguinal, hernia femoral, hernia umbilical dan hernia hiatal. Jika anda mengalami hernia, penting untuk segera merawatnya. 

Menurut Daily Mail, seorang pesara dilaporkan telah menderita selama bertahun-tahun mengalami hernia yang mengembang hingga mencecah saiz sebiji bola sepak setiap kali batuk. 

Glenn Williams, 67, mengalami benjolan yang besar akibat komplikasi daripada pembedahan kanser usus. Dia menderita selama dua tahun dengan benjolan itu yang berukuran 20cm hingga 30cm serta kelihatan dengan sangat ketara hingga pernah dituduh mencuri. 

Pada awalnya, encik Williams dimaklumkan bahawa hernia yang dia hidapi tidak boleh dibedah. 

“Jika saya batuk, perut saya akan mengembang sebesar bola sepak. Saya pernah mencuba menggunakan tali pinggang untuk mengekang ia dari terus berkembang, namun tidak berhasil. 

“Orang ramai pernah tuduh saya sebagai pencuri di salah sebuah kedai dan mereka fikir saya sedang menyembunyikan sesuatu. 

“Pada waktu lain, ketika saya membawa anjing berjalan-jalan, seseorang akan bertanya kenapa tidak memberinya bermain dengan bola dan ada juga bertanya bila anak kembar saya akan dilahirkan. 

“Orang akan merenung saya tidak kira ke mana sahaja saya pergi. Ia memberi kesan yang mendalam kepada saya bukan sahaja dari segi mental dan fizikal, tapi juga emosi. 

“Hal tersebut sangat memalukan dan menyedihkan,” luahnya. 

Menerusi rakaman video, encik Williams dilihat berbaring di atas katil hospital dan diminta untuk batuk oleh doktor. Ketika batuk, jelas kelihatan bahagian perutnya yang mengembang sebesar bola sepak. 

Memetik Daily Mail, seorang pakar & perunding pembedahan plastik menjelaskan kepadanya mengenai prosedur baru yang mungkin dapat mengubah kehidupannya. 

Bapa kepada dua anak itu telah menjalani pembedahan kompleks selama enam jam melibatkan lapisan ototnya dibelah dan digerakkan seperti sandwich. 

Dalam pada itu, encik Williams berkata kehidupannya telah berubah selepas menjalani operasi pembedahan di Hospital Diraja Leicester. 

“Kehidupan saya dipenuhi dengan rasa tertekan sejak menghidap hernia kerana ia dilihat semakin besar dan besar membuatkan saya lesu kerana beratnya. 

“Hernia ini juga buatkan saya rasa sakit belakang, pening, sakit di bahagian kaki, ia amat mengerikan,” katanya. 

“Kini, saya gembira kerana telah mempunyai bentuk badan yang normal semula tanpa mata-mata yang merenung dengan renungan yang pelik,” jelasnya lagi, lapor Daily Mail. 

BACA: Setahun Tak Bertemu, Pelajar Pondok Menangis Berdoa Siang Malam Minta Mak Ayah Datang Jenguk

Sumber: Daily Mail

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.