Siakap Keli
pelajar pondok
Gambar: Tiktok

Setahun Tak Bertemu, Pelajar Pondok Menangis Berdoa Siang Malam Minta Mak Ayah Datang Jenguk

Setahun Tak Bertemu, Pelajar Pondok Menangis Berdoa Siang Malam Minta Mak Ayah Datang Jenguk

Perasaan rindu itu wajar bagi setiap dua insan yang terpisah jauh antara satu sama lain. Berpisah sehari atau dua hari sahaja pun boleh buat perasaan rindu itu muncul, lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih terpaksa berjauhan bertahun lamanya dengan orang tua keran mahu menuntut ilmu.

Begitulah kisah seorang pelajar sekolah pondok di Kabupaten Parigi Moutong, Sulawesi Tengah, Indonesia yang menyayat hati ini.

Memetik Abatah.com, sekolah pondok tempat dia belajar diberi nama Abnaul Chairaaat. Sejak setahun lebih didaftarkan sebagai pelajar di sekolah pondok, ibu bapanya sekali pun tidak pernah datang menjenguknya. 

Difahamkan, pada 10 Muharram 1444 H, pelajar berkenaan terlalu sebak dan tidak lagi dapat membendung perasaan rindu terhadap orang tua yang ditanggungnya. Jadi, remaja tersebut mencari kawasan yang sedikit gelap supaya pelajar lain tidak dapat melihat dia menangis. 

Kisah mengenai pelajar ini dikongsikan oleh pengguna Tik Tok @Ule_ngai. 

Alkisahnya, pelajar tersebut merupakan kawan baik kepada adik si pemilik akaun Tiktok yang turut menuntut di sekolah pondok itu. Malah adiknya, Farhan, merupakan rakan sebilik pelajar berkenaan.

Pada 8 Ogos yang lalu, keluarga Farhan datang ke sekolah menziarahi dan pelajar itu datang untuk menemaninya. Menerusi video yang dikongsikan, dia mengadu tidak pernah dijenguk oleh ibu bapanya setelah setahun lebih tinggal di situ. 

Disebabkan tidak pernah dijenguk, dia mengakui kehabisan barang keperluan harian seperti sabun mandi dan juga beberapa peralatan untuk pengajiannya yang sudahpun usang akibat lama tidak diganti.

“Kalau habis (sabun), pinjan yang kawan punya. Tapi kalau malu, mandi tak pakai sabun,” katanya.

Ironinya, pakain untuk dia mengaji juga semakin berkurang, kain sarung yang sering digunakan untuk menunaikan solat juga hilang. Nasib remaja ini memang dipenuhi dengan ujian yang berat. 

Pelajar itu mengaku bahawa dia sangat merindui orang tuanya yang berada di kampung. Kerana perasaan rindu yang teramat sangat, setiap malam dia pasti akan berdoa agar ibu bapanya datang menjenguk. 

“Malam tadi dia ada bagitahu dia rindu mak dia, sampai tiap-tiap malam berdoa ibu bapa dia datang melawat. Mungkin belum cukup duit katanya. Tapi biarlah, sabar saja dulu,” jelas video itu. 

BACA: Parti Liar: Datuk Seri Antara 25 Ditahan Di Janda Baik

Sumber: Adatah.com, Ule_ngai (Tik Tok)

Faiz Mustafa