Siakap Keli
Batu Nilam
Gambar Kredit BBC

Tengah Gali Perigi Belakang Rumah, Lelaki Temui Batu Nilam Bernilai RM 444 Juta

Batu Nilam bernilai ‘RM 444 juta’ ditemui belakang rumah, ketika gali perigi

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata gugusan nilam bintang terbesar di dunia telah ditemui di belakang rumah lelaki secara tidak sengaja.

Seorang peniaga batu permata berkata, batu itu ditemui oleh pekerja yang menggali perigi di rumahnya pada 2021, di Ratnapura, sebuah daerah yang kaya dengan permata. Pakar batu berkata, batu yang berwarna biru pucat itu mempunyai nilai sehingga RM 444 juta di pasaran antarabangsa.

Kelompok ini mempunyai berat sekitar 510 kilogram atau 2.5 juta karat yang telah dinamakan sebagai “Serendipity Sapphire”.

“Orang yang menggali perigi itu memberitahu kami tentang beberapa batu yang jarang ditemui. Kemudian kami terjumpa spesimen besar ini,” kata Gamage, pemilik batu itu, kepada BBC. Dia tidak mahu berkongsi nama penuh atau lokasi penemuan atas sebab keselamatan.

Gamage yang merupakan peniaga permata generasi ketiga, memaklumkan pihak berkuasa tentang penemuan itu, tetapi mengambil masa lebih setahun untuk membersihkan batu itu daripada lumpur dan kekotoran lain sebelum mereka boleh menganalisis dan mengesahkannya.

Semasa proses pembersihan, Gamage berkata beberapa batu jatuh dari gugusan dan ia didapati sebagai nilam bintang yang berkualiti tinggi.

Ratnapura, yang bermaksud bandar permata dalam bahasa Sinhala, dikenali sebagai ibu kota permata negara Asia Selatan it. Batu-batu berharga lain telah ditemui di sana pada masa lalu.

Sri Lanka ialah pengeksport utama nilam dan permata berharga lain. Tahun lepas, negara itu memperolehi kira-kira setengah bilion dolar melalui eksport permata, potongan berlian dan barang kemas.

“Saya tidak pernah melihat spesimen sebesar itu sebelum ini. Ini mungkin terbentuk sekitar 400 juta tahun yang lalu,” kata Dr Gamini Zoysa, pakar permata terkenal kepada BBC.

Pakar juga menegaskan walau bagaimanapun, spesimen yang mempunyai nilai karat yang tinggi, semua batu di dalam gugusan mungkin tidak berkualiti tinggi. Penemuan itu datang kerana industri permata Sri Lanka telah mengalami kerugian akibat penutupan akibat pandemik.

Mereka yang bekerja dalam industri berharap “Batu Serendipity” ini akan menarik pembeli dan pakar antarabangsa, walaupun batu itu masih belum dianalisis dan disahkan oleh pakar antarabangsa.

“Ia adalah spesimen nilam bintang khas, mungkin yang terbesar di dunia. Memandangkan saiz dan nilainya, kami fikir ia akan menarik minat pengumpul atau muzium persendirian,” Thilak Weerasinghe, Pengerusi Pihak Berkuasa Permata dan Barang Kemas Negara Sri Lanka, berkata.

Sumber: BBC

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka