Siakap Keli
grim sleeper tertangkap
Gambar via Google

Diburu Polis Selama 25 Tahun, ‘Grim Sleeper’ Akhirnya Tertangkap Gara-Gara Kerak Piza

Diburu Polis Selama 25 Tahun, ‘Grim Sleeper’ Akhirnya Tertangkap Gara-Gara Kerak Piza

AMERIKA – Seorang pembunuh bersiri digelar sebagai “Grim Sleeper” yang berjaya mengelak daripada polis dengan bersembunyi selama 25 tahun akhirnya ditangkap selepas diumpan menggunakan kerak piza, lapor Daily Star.

Suspek telah dikelaskan sebagai seorang pembunuh bersiri paling lama beroperasi di barat Mississippi dan diberi gelaran berkenaan pada 2008 selepas seorang mangsa dikaitkan dengan siri pembunuhan yang berlaku pada tahun 1980-an.

Dia akhirnya dijatuhi hukuman mati kerana membunuh sembilan orang wanita dan seorang remaja perempuan pada Ogos 2016 lalu selepas memperdaya mangsa dengan pesta dan piza.

Pada tahun 2010, detektif telah menggunakan DNA yang dijumpai dari lokasi pembunuhan dan menghubungkannya dengan jenayah yang telah dilakukan oleh anaknya Christopher di mana DNAnya sudah berada pada sistem.

Bukti itu membenarkan pegawai yang menyamar akhirnya mendapatkan sampel DNA suspek selepas mereka mengikutinya ke pesta ulang tahun di sebuah restoran di Los Angeles.

Cops fear there could be more victims

Seorang pegawai berjaya menyamar dengan menjadi budak bas dan telah mengambil beberapa bukti seperti pinggan, cawan dan kerak piza suspek yang akan digunakan untuk membuat ujian DNA yang cukup untuk mensabitkannya dengan kes pembunuhan.

Pihak pembelaan berhujah, ia harus dibuang dan berkata ia adalah “jangkaan privasi yang munasabah” tetapi hujahnya yang menyatakan bahawa makanan adalah hak peribadi telah ditolak oleh pihak mahkamah.

Sebelum suspek ditangkap, bukti balistik daripada pistol berkaliber 25 yang digunakan, DNA daripada tempat jenayah dan satu-satunya keterangan mangsa yang terselamat dari serangan suspek telah membantu pihak polis mengaitkannya dengan peristiwa penting pada kes yang berlaku tahun 2007 yang lalu.

Menurut laporan, rumah suspek telah digeledah selepas penahanannya pada tahun 2010 dan detektif yang membuat penggeledahan telah menjumpai hampir 1,000 gambar wanita dan remaja perempuan untuk dijadikan sebagai bukti.

Sebahagian daripada gambar mangsa yang diambil adalah dalam keadaan berbogel, tidak sedarkan diri, berdarah dan kemungkinan besar mati, lapor Rolling Stone.

Polis mulai bimbang terdapat lebih ramai mangsa dengan jumlah yang disyaki adalah seramai 25 orang. Mangsanya adalah semua wanita kulit hitam dan kebanyakannya adalah pelacur.

Ketua Polis Los Angeles Charlie Beck sebelum ini berkata, “kami pastinya tidak percaya kami bertuah atau begitu baik untuk mengenali semua mangsanya. Kami memerlukan bantuan orang ramai,” katanya.

Jiran-jiran suspek menyifatkannya sebagai ‘mesra dan pendiam’. Dia juga tidak sesuai dengan profil biasa pembunuh bersiri, kerana pembunuhan pertama yang dilakukannya tidak sampai umur 32 tahun. Mangsa pertamanya disahkan sebagai Debra Jackson pada tahun 1985.

Suspek tetap mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas semua pertuduhan sepanjang perbicaraan dan didapati tidak bertindak balas di dalam selnya semasa dihukum mati pada 2020.

Sumber: Daily Star

Nurlizah Khazani