Siakap Keli
faisal halim doa malaysia
Kredit: Bernama

Faisal Halim Kirim Salam Pada Rakan-Rakan, Mohon Doa Dari Rakyat Malaysia

Faisal Halim Kirim Salam Pada Rakan-Rakan, Mohon Doa Dari Rakyat Malaysia

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim meminta rakyat Malaysia untuk menitipkan doa agar dirinya cepat sembuh selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid pada Ahad lepas.

Perkembangan terkini mengenai pemain kebangsaan itu telah dikongsikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, lapor Sinar Harian.

Beliau telah melawat pemain tersebut di sebuah hospital swasta yang terletak di Shah Alam pada hari ini.

Berdasarkan kenyataan Shahril, beliau sempat berjumpa dengan Faisal sebelum pemain terbabit menjalani pembedahan kedua pada hari ini yang dijadualkan berlangsung pada 5.30 petang tadi.

“Saya sempat berjumpa dengannya. Dia (Faisal) minta doa supaya cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.

“Jadi, kita doakan kesembuhannya dan doakan agar pembedahan kedua petang ini berjalan lancar,” ujarnya ketika ditemubual pihak media.

Menurut laporan Sinar Harian, Faisal kini sedang menjalani rawatan rapi selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Dalam pada itu, doktor yang merawatnya turut mengesahkan pemain itu mengalami kelecuran tahap empat ekoran simbahan asid sulfurik yang pekat.

Pemain sayap kebangsaan itu turut dijadualkan bakal menjalani beberapa lagi siri pembedahan dalam masa terdekat.

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan Faisal Halim mendapat rawatan terbaik secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN). Tindakan ini sebagai satu tanda Malaysia menghargai jasa pemain 26 tahun tersebut kepada negara.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan.

“KBS mahu memberikan sokongan kepada Faisal Halim (melalui) ISN (yang) akan memberikan perkhidmatan termasuk fisioterapi apabila diperlukan oleh beliau secara percuma untuk pastikan beliau kembali pulih dengan cepat.

“Saya nak beliau tahu bahawa beliau betul-betul dihargai bukan saja oleh kerajaan tetapi semua rakyat Malaysia mendoakan beliau cepat sembuh,” katanya.

BACA: KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma