Siakap Keli
Tayang Duit Di TikTok
Gambar : Thaiger

Padah Tayang Duit Di TikTok, Polis Dilapor Berjaya Berkas Lelaki Disyaki Suspek Rompakan

Padah Tayang Duit Di TikTok, Polis Dilapor Berjaya Berkas Lelaki Disyaki Suspek Rompakan

Thailand – Pihak Polis Chon Buri berjaya menahan suspek rompakan syarikat logam selepas lelaki itu bertindak menyiarkan video bersama wang tunai hasil rompakan melalui aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, suspek melambai menggunakan sejumlah wang tunai dan memberitahu cara dia memperoleh wang berkenaan.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa wang tunai yang dimiliki merupakan hasil kerja kerasnya untuk melangsaikan hutang.

Menerusi video yang disiarkan, pihak polis terus mengesyaki bahawa wang tersebut merupakan hasil rompakan.

Sebaik sahaja sampai di lokasi, pihak polis menggeledah rumah suspek dan berjaya menemui cek bernilai kira-kira 32 juta Baht (RM4,027,783.16) serta wang tunai sebanyak 220,000 Baht (RM27,691.0092)

Suspek didapati telah merompak sebuah syarikat logam tempatan pada 11 Ogos.

Syarikat tersebut telah melaporkan bahawa sebuah peti besi berisi wang tunai dan barang berharga lain telah dicuri serta menunjukkan rakaman kamera litar tertutp (CCTV) kepada pihak polis.

Pihak polis dapat mengenal pasti suspek dengan mudah kerana masih berpakaian sama seperti dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Setelah melihat video tersebut, pihak polis terus menjejaki lokasi suspek dan menahan serta mendakwanya atas tuduhan mencuri.

Suspek telah merancang untuk melangsaikan hutang dengan menggunakan wang yang dimiliki dan dilaporkan telah menggunakan sebanyak 150 Baht (RM18.8802) untuk membeli makanan.

Sumber : Thaiger

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.