Berang Isteri Pergi Salun Kecantikan, Lelaki Tergamak Tumbuk & Tendang Isteri
TURKMENISTAN – Seorang suami tergamak menumbuk dan menendang isterinya hanya kerana isterinya itu berkunjung ke salun kecantikan.
Sebuah video menunjukkan seorang suami memukul isterinya dengan ganas selepas menemuinya di salun kecantikan beredar di internet.
Menurut Daily Mail, kaum suami di Turkmenistan boleh didenda jika isteri mereka didapati melakukan rawatan kecantikan dan kosmetik.
Kerajaan Turkmenistan difahamkankan telah meningkatkan kawalan ke atas hak wanita semenjak Presiden Serdar Berdymukhammedov berkuasa pada Mac lalu.
Sejak April, polis telah menahan berpuluh-puluh wanita kerana memakai kuku palsu, bulu mata dan aksesori kecantikan lain. Selain itu, mereka turut menahan wanita yang membuat pembedahan kosmetik.
Menerusi video tersebut, lelaki itu dapat dilihat menumbuk dan menendang isterinya di hadapan beberapa pelanggan salon yang lain.
Pada mulanya dia memasuki salun sambil menjerit lalu menyerang isterinya sehingga meringkuk di lantai.

Serangan tersebut dipercayai berlaku di sebuah salun sementara di daerah Kyoshi berhampiran ibu kota Ashgabat.
Mengunjungi salun kecantikan telah menjadi kesalahan yang serius dalam negara tersebut.
Pakar kecantikan yang menjalankan perniagaan kecantikan secara senyap akan dihadapkan ke penjara kerana telah melanggar peraturan yang ditetapkan.
Rawatan kecantikan seperti mewarna rambut, sambungan bulu mata, rias kuku atau pembedahan kosmetik telah diharamkan di negara tersebut.
Pihak berkuasa dilaporkan telah melakukan serbuan di salun tersebut dan menahan beberapa wanita kerana kelihatan terlalu “menonjol”.
Menurut laporan terdapat larangan terhadap wanita antaranya wanita dilarang daripada duduk di tempat duduk hadapan kenderaan dan diarahkan untuk memakai pakaian tradisional.
Selain itu, lesen memandu wanita juga belum dikeluarkan selama beberapa tahun walaupun belum ada larangan secara rasmi.
Denda bagi wanita yang berkunjung ke salun kecantikan boleh dikenakan kepada suami atau bapa mengikut jumlah beberapa bayaran gaji bulanan.
Sumber : Mail Online
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”