Hentak Kepala Bayi Hingga Mati, Lelaki Dipenjara Penjara Seumur Hidup & 15 Sebatan
SINGAPURA – Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana menghentak kepala bayi teman wanitanya ke lantai, lapor Mirror UK.
Hakim Mahkamah Tinggi Singapura menyatakan suspek 29, telah melakukan perbuatan itu selepas beberapa jam pasangan tersebut bertengkar.
Tertuduh dilaporkan mendakwa bayi tersebut terjatuh daripada pelukannya pada November 2019.
Namun, mahkamah mendapati bahawa suspek sebenarnya telah menghentak kepala bayi yang berusia sembilan bulan itu di lantai kayu van miliknya sebanyak dua kali.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di tempat letak kenderaan di Yishun ketika bayi itu dalam jagaan suspek.
Suspek dikatakan melakukan serangan tersebut selepas beberapa jam bertengkar dengan teman wanitanya.
Suspek mengambil masa 36 minit sebelum membawa mangsa ke hospital dan menyuruh teman wanitanya untuk memalsukan kejadian sebenar kepada pihak perubatan.
Punca kematian mangsa dikategorikan sebagai kemalangan akibat objek tumpul.
Hakim bersetuju menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 15 kali sebatan kepada suspek.
Tambahan lagi, ibu mangsa juga menyatakan bahawa suspek ada mencadangkan untuk mengupah seseorang untuk mengebumikan mangsa secara diam dan mendakwa mangsa telah hilang setahun kemudian.
Sumber : Mirror UK
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”