Siakap Keli
Ikan Bilis Mata Biru Naik Ke Darat 
Gambar: Instagram

Penduduk Setempat Gempar, Ribuan Ikan Bilis Mata Biru Naik Ke Darat 

Penduduk Setempat Gempar, Ribuan Ikan Bilis Mata Biru Naik Ke Darat 

LUMUT – Satu fenomena aneh telah berlaku apabila ribuan ikan bilis mata biru terdampar di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Kejadian tersebut tular selepas gambar dan video penduduk sedang mengutip ikan bilis di daratan dimuat naik di media sosial.

Penduduk menganggap kejadian tersebut sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka.

Selain penduduk, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir turut berkongsi video kejadian tersebut di laman Instagramnya.

Menurut penduduk, kejadian itu dianggap luar biasa kerana tidak pernah berlaku sebelum ini dan hanya berlaku di pantai Pasir Bogak sahaja.

Kejadian ini disedari  penduduk apabila ternampak biasan cahaya yang bersinar di pesisiran pantai sekitar jam 8.30 malam Jumaat lalu.

“Apabila dilihat dari dekat, nampak ribuan ikan bilis berselerak dan kejadian ini mungkin berlaku disebabkan air pasang dan bulan penuh.

“Penduduk dan pengunjung mengambil kesempatan dengan mengutip ikan bilis yang naik ke darat. Kejadian tersebut tidak berulang dan hanya berlaku selama dua hari sahaja,” katanya.

Selain itu, menurutnya lagi kejadian tersebut merupakan agak pelik kerana ikan bilis mata biru kebiasaannya ditangkap oleh nelayan sekitar lima hingga 10 batu nautika, namun kali ini ia terdampar di pantai.

Sejak semalam satu rakaman video berdurasi 2 minit 51 saat telah tular di media sosial yang menunjukkan pengunjung mengutip ikan bilis segar di Pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor.

Sumber : Utusan 

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.