Asyik Berjoget Di Pentas Dangdut, Tiga Wanita Nyaris Disambar Petir
BANJARMASIN – Sebuah video tular di media sosial menunjukkan aksi tiga wanita yang sedang asyik berjoget di atas pentas nyaris disambar petir.
Kejadian berlaku di acara kenduri yang menjemput kumpulan dangdut untuk menghiburkan para tetamu yang hadir.
Namun, semasa persembahan dangdut sedang berlangsung hujan turun dengan lebat.
Pada ketika itu, terdapat tiga wanita berhijab sedang berjoget di atas pentas yang disediakan diiringi muzik dangdut yang dimainkan.

Menerusi video tersebut kelihatan ketiga-tiga mereka sedang menikmati muzik yang sedang dimainkan di acara tersebut.
Secara tiba-tiba terdapat petir yang menyambar di depan pentas tersebut menyebabkan semua yang berada di tempat kejadian terkejut dan ketakutan.
Sayangnya, video tersebut hanya terhenti tanpa sebarang sambungan selepas sambaran petir berlaku.
Terdapat banyak reaksi dan komen-komen yang diberikan oleh warga Instagram tentang kejadian tersebut.

View this post on Instagram
Sumber : apahabar.com
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”