Kucing Jadi “Superstar”, Video Duet Nyanyi Dengan Tuan Kini Ditonton Lebih Lima Juta Kali
Seekor kucing telah menawan hati pengguna TikTok selepas dilihat tumpang berduet menyanyi bersama-sama dengan tuannya, tanpa ‘meminta’ izin terlebih dahulu.
Maura, yang menggunakan nama pengguna @maura.music di TikTok, kerap berkongsi video dirinya sedang berlatih menyanyi. Bagaimanapun, dalam satu video baru-baru ini, ketika dia sedang berlatih seorang diri, Maura dikunjungi oleh seekor makhluk berbulu yang memanjat meja dan mengambil tempat duduk betul-betul dihadapan kamera.
‘Gangguan’ kecil iti kemudia memaksa Muara mengalihkan kucng berkenaan secara perlahan-lahan sambil memberi fokus kepada latihan yang sedang dibuatnya.
Namun, si bulu berkenaan kelihatan tidak memperdulikan keadaan tersebut, sebaliknya ternyata mempunyai hajatnya tersendiri apabila sengaja ‘enter frame’ rakaman tersebut.
Tanpa dipinta Maura atau meminta izin terlebih dahulu, kucing berkenaan mula memperaga dan belanja bakat nyanyiannya pula.
Bukan sekali atau dua kali, tetapi berkali-kali. Dapat dilihat, Maura juga terkejut dan ketawa gembira. Mungkin teruja dengan keletah si bulu peliharaannya atapun boleh jadi juga, geli hati mendengar suara nyanyian makhluk comel tersebut.
Apa pun, usaha si bulu tersebut ternyata tidak sia-sia apabila menjadi glamour sepantas kilat dan kini video nyanyianny sudahpun ditonton lebih lima juta kali.
Nah, kami kongsikan persembahan bertaraf lima bintang bertaraf lagenda, seperti yang tertera pada kapsyen Maura dibawah.
@maura.music What a legend. #OperaCat #OperaSinger #catsoftiktok #bestsinger #talent #musictok
Menjengah ke bahagian komen pula, rata-rata penonton melahirkan rasa terhibur dan kagum serta mengakui bahawa si bulu berkenaan adalah bintang sebenar dalam video berkenaan.
@maura.music Meowmarilli Mia Bella🤌🏼 #OperaCat #catsoftiktok #OperaSinger #fyp #catcomedy
Dalam video lainnya pula, Maura memberitahu kucingnya bahawa dia kini sudah menjadi superstar.
BACA: Kanak-Kanak 12 Tahun Maut, Dipercayai Disambar Petir Ketika Guna Telefon Bimbit
Sumber: Maura.music Independent