Siakap Keli
Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Disambar Petir
Gambar via Kosmo

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut, Dipercayai Disambar Petir Ketika Guna Telefon Bimbit

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut, Dipercayai Disambar Petir Ketika Guna Telefon Bimbit

Seorang pelajar perempuan dilaporkan maut dipercayai disambar petir ketika sedang menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi rakannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan pada Isnin. 

Mangsa, Nur Asyqin Qistina M Nor Zawawi, 12, ditemui terbaring di atas tilam bilik tidurnya  dengan kesang terbakar pada bahagian lengan dalam kejadian lebih kurang jam 4.50 petang. 

Menurut bapa mangsa, M Nor Zawawi Awang berkata, dia baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau berhampiran rumahnya sebelum terdengar bunyi dentuman petir yang kuat. 

“Selepas solat asar berlaku ‘blackout’ elektrik di rumah.

“Saya kembali ke surau dan isteri panggil balik, anak dalam bilik tak sedar diri dan saya tengok dia pengsan ada sedikit kesan terbakar dekat lengan.

“Saya pun terus bawa ke klinik Kuala Betis dan disahkan meninggal,” katanya, lapor Sinar Harian lagi.

Kejadian itu berlaku ketika keadaan cuaca hujan renyai, kata si bapa lagi.

Dalam pada itu, sebelum proses pengebumian dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Betis, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang terlebih dahulu untuk tujuan bedah siasat. 

BACA: Seram, Anak Murid Hijab Mata ‘Terbuka’, Beritahu Cikgu Ada Pontianak Dibelakangnya

BACA: Kadar Inflasi Turki Cecah 70% Kerana OPR Terlalu Rendah, Kenapa OPR Turun Ibarat ‘Ubat’ Pulihkan Ekonomi Negara Yang ‘Tenat’

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa