Siakap Keli
Makan 2 Biji Lemon & Arang Untuk Hidup
Gambar: Tourism News

Makan 2 Biji Lemon & Arang Untuk Hidup, Lelaki Terkandas Di Pulau Terpencil Diselamatkan

Makan 2 Biji Lemon & Arang Untuk Hidup, Lelaki Terkandas Di Pulau Terpencil Diselamatkan

RIO DE JANEIRO – Seorang lelaki dilaporkan berjaya terselamat dengan hanya berbekalkan dua biji lemon, arang dan meminum air laut selepas terperangkap di sebuah pulau terpencil selama lima hari, di sini.

Memetik Daily Mail, tukang kebun berusia 51 tahun itu telah berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa selepas seorang individu yang menaiki jet ski terlihatnya di pulau tersebut.

Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital tempatan dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan. Dia dibenarkan untuk pulang pada hari yang sama.

Difahamkan, lelaki itu sedang melawat Mirador do Roncador yang merupakan sebuah tempat pemerhatian di pantai Grumari sebelum dihanyutkan hampir dua batu ke pantai Pulau Palmas yang tidak berpenghuni.

Sebelum kejadian, dia dilaporkan berdiri di atas batu untuk melihat ombak lalu memutuskan untuk melangkah lebih ke hadapan sebelum ombak besar menghanyutkan dirinya.

Dia mengambil keputusan untuk mengumpul segala kekuatan setelah dilambung ombak ganas memandangkan dia sudah tiada tempat untuk dituju.

“Tiada apa-apa di sana dan tiada apa untuk disembunyikan mahupun berlindung. Saya terpaksa membuat keputusan untuk melompat masuk dan menuju ke tempat lain,” ujarnya.

Dia akhirnya menemui sebuah gua, di mana dia gunakan untuk berteduh dan tidur.

Keesokannya, dia telah meneroka pulau tersebut sebelum ditimpa hujan.

Dia turut menceritakan detik dia memanjat batu menggunakan tali lama yang mungkin ditinggalkan oleh seseorang.

Pada ketika itu, dia terlihat sebuah khemah sementara yang mungkin telah didirikan oleh nelayan tempatan.

Dia turut menjumpai dua biji lemon dan dua botol air di atas tanah.

“Saya telah memakan keseluruhan lemon termasuk kulitnya. Saya benar-benar tidak meninggalkan apa-apa,” ujarnya.

Dia turut menggunakan sehelai selimut yang ditinggalkan dalam khemah tersebut untuk menarik perhatian orang ramai di pesisir pantai Grumari.

Namun, segalanya seakan-akan mustahil kerana kedudukan pulau itu jauh terpencil.

“Saya juga mencuba berenang ke pantai Grumari namun hanya separuh jalan sahaja sebelum air pasang menarik saya kembali ke pantai tersebut.

“Ada suatu ketika, saya sudah tidak berdaya. Saya telah menghempaskan badan ke tanah lalu berkata, apa sahaja yang Tuhan kehendaki sekarang, dia boleh ambil nyawa saya,” katanya.

Pada hari seterusnya, dia telah berenang ke arah pulau itu menggunakan sekeping styrofoam dan pintu papan lapis.

Namun, arus kuat telah menghempas punggungnya ke batu dan mengakibatkan dia berpatah balik.

Dia turut menceritakan bahawa dia terpaksa meminum air masin dan meminum sedikit manisan bagi menstabilkan garam yang terkandung dalam air masin tersebut.

Pada suatu ketika, dia teringat beberapa ekor monyet telah mencuri dan memakan arang. Ekoran itu, dia juga mencuba untuk memakan arang.

“Namun, ia lebih mengeringkan mulut saya dan tersangkut pada gigi,” ujarnya.

Pada hari kelima dia terkandas di pulau terpencil itu, dia terlihat beberapa orang menaiki jet ski berhampiran pulau itu.

Dia telah mengambil t-shirt miliknya lalu melambai ke arah kumpulan itu.

Pada ketika itulah, dia telah berjaya diselamatkan lalu diterbangkan oleh helikopter bomba ke pangkalan Guaratiba sebelum dipindahkan ke ambulans untuk dikejarkan ke Hospital Lourenco Jorge.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.