Siakap Keli
mayat tentera india ditemui selepas 38 tahun
Gambar : BBC News

Mayat Tentera India Yang Hilang Di Himalaya Ditemui Selepas 38 Tahun

Mayat Tentera India Yang Hilang Di Himalaya Ditemui Selepas 38 Tahun

Mayat seorang tentera India yang hilang di Himalaya 38 tahun yang lalu dilaporkan telah berjaya ditemui.

Chandrashekhar Harbola bersama 19 rakannya dilaporkan telah terperangkap dalam runtuhan salji semasa operasi di Gletser Siachen di sepanjang sempadan India-Pakistan pada tahun 1984.

Difahamkan bahawa, lima belas mayat telah berjaya ditemukan manakala lima lagi masih tidak dijumpai.

Siachen merupakan medan perang yang tertinggi di dunia dan tentera dari kedua-dua negara telah maut dalam kejadian runtuhan salji tersebut.

Satu jasad yang ditemui bersama Harbola masih lagi belum dikenal pasti identitinya, lapor Berita PTI.

Keluarga Harbola yang tinggal di daerah Haldwani, Uttarakhand, Himalaya mengatakan penemuan itu memberikan jawapan kepada persoalan mereka selama 38 tahun.

Upacara pemakaman dan penghormatan daripada tentera telah dirancang di kampungnya.

Sebelum ini, unit peronda menjumpai mayat Tukaram V Patil pada tahun 2014 setelah hilang 21 tahun di gletser.

Sianchen merupakan wilayah yang menjadi rebutan antara India dan Pakistan. Perbincangan telah diadakan untuk menjadikan kawasan tersebut  dibawah kuasa tentera namun tidak berhasil.

Seramai 129 orang tentera Pakistan maut pada 2012 dalam runtuhan salji di gletser Siachen. Tragedi ini telah memaksa kedua-dua pasukan tentera menarik diri dari kawasan perebutan namun gagal mencapai kata persepakatan.

Pada tahun 2016, dilaporkan seramai 10 orang tentera India maut dalam runtuhan salji manakala empat orang tentera lagi maut pada tahun 2019.

Sumber : BBC News

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.