Siakap Keli
Wanita Dilapor Tak Sengaja Jadi Pemilik Sah 84 Buah Rumah
Gambar: The Mirror

Pemaju Tersilap ‘Copy Paste’, Wanita Dilapor Tak Sengaja Jadi Pemilik Sah 84 Buah Rumah

Pemaju Tersilap ‘Copy Paste’, Wanita Dilapor Tak Sengaja Jadi Pemilik Sah 84 Buah Rumah

Seorang wanita secara tidak sengaja telah menjadi pemilik sah kepada 84 buah rumah selepas pihak pemaju melakukan kesilapan menaip menerusi ‘copy and paste’.

Wanita tersebut dilaporkan telah membayar AS$594,481 (kira-kira RM2.6 juta) untuk membeli rumah idamannya tetapi setelah membuat pembayaran dia menyedari terdapat kesilapan daripada pihak pemaju.

Melalui dokumen yang diterima,  dia secara sah memiliki “Lot 1 hingga 85… dan kawasan bersama A dan B”.

Gambar : The Mirror

Pihak pemaju menyatakan bahawa kesilapan ini mudah untuk dibetulkan jika semua pihak yang terlibat bekerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Wanita dari Nevada tersebut telah membayar untuk sebuah rumah di Sparks, Timur Laut Reno dan telah menghantar kertas kerjanya kepada Washoe County sebelum kesilapan tersebut berlaku.

Ketua Timbalan Penilaian Washoe County, Cori Burke menyatakan bahawa kesilapan tersebut pernah berlaku di Las Vegas lapor Daily Star.

Kesilapan ini menyebabkan pemilik rumah akan menerima surat hak milik untuk beberapa orang lain juga, laporan The Reno Gazette Journal.

“Oleh kerana kesilapan yang dilakukan agak jelas maka Bahagian Perkhidmatan Penilaian kami terus menghubungi Westminster Title dengan segera supaya membetulkan hak milik 86 hartanah yang dipindahkan secara salah” kata Burke.

Laporan menyatakan bahawa pemilikan nama bagi hartanah tersebut telah berjaya dipindahkan semula kepada pemaju dan dibetulkan semula.

Gambar :The Mirror

“Pemilik rumah boleh menolak pemindahan dan enggan menyerahkan rumah itu kembali. Bagaimanapun tiada tanda bahawa dia akan menghentikan proses pemindahan. Pakar turut mengatakan dia pasti akan kalah jika pergi ke mahkamah” ujar Burke.

Burke berkata bahawa kesilapan itu merupakan kesilapan besar walaupun hanya kerana “copy and paste” dan isu begini kerap berlaku.

“Kes ini menarik kerana melibatkan lot yang banyak,” tambah Burke.

Sumber : Mirror UK

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.