Siakap Keli
Walrus Popular Terpaksa Dimatikan
Gambar : Daily Star

‘Stress’ Disebabkan Ramai Pelancong Ingin ‘Selfie’, Walrus Popular Terpaksa Dimatikan

‘Stress’ Disebabkan Ramai Pelancong Ingin ‘Selfie’, Walrus Popular Terpaksa Dimatikan

NORWAY – Seekor walrus terpaksa dimatikan oleh pihak berkuasa kerana tertekan apabila permintaan dari orang ramai untuk berswafoto bersamanya meningkat, lapor Daily Star.

Walrus seberat 1,300 paun yang dikenali sebagai Freya itu mula popular pada tahun 2019 di Norway semasa dalam perjalanannya ke Artik.

Freya telah menjadi tarikan pelancong di Oslo fjord, Norway kerana gemar menaiki bot dan berswafoto bersama para pelancong.

Gambar : Daily Star

Pakar telah mengingatkan para pelancong untuk menjaga jarak dengan walrus tersebut dan mengelak daripada mengerumi kawasan yang didudukinya.

Perkara ini akan menyebabkan tahap tekanan Freya meningkat dan akan membahayakan manusia.

Berdasarkan pemerhatian pada minggu lalu, didapati bahawa Freya tidak lagi boleh dikelilingi pelancong namun masih ramai yang berdegil.

Frank Bakke-Jensen, Pengarah Perikanan Norway menjelaskan “Melalui pemerhatian di tapak minggu lepas, jelas bahawa orang ramai telah mengabaikan cadangan semasa untuk menjaga jarak dengan walrus tersebut”.

“Oleh itu, Direktorat telah membuat kesimpulan, orang ramai mungkin terdedah kepada bahaya dan kebajikan haiwan juga tidak dijaga,” ujar Frank .

“Kami telah mempertimbangkan semua penyelesaian dengan teliti, tetapi kesimpulan yang dibuat menyatakan bahawa kami tidak dapat memastikan kebajikan haiwan tersebut melalui sebarang cara,” tambahnya lagi.

Amaran rasmi telah diberikan pada minggu lalu bahawa langkah penjarakan perlu diambil kerana dikhuatiri orang ramai akan tercedera dan langkah kini telah diambil.

Gambar : Daily Star

Menurut laporan berita tempatan, tahap kesihatan haiwan itu semakin merosot kerana tidak dapat rehat yang cukup.

Perkara ini menyebabkan tekanan yang tinggi terhadap Freya.

Pihak berkuasa tidak menjelaskan cara Freya dimatikan tetapi menyatakan bahawa cara yang digunakan adalah berperikemanusiaan

Sebelum ini, Freya telah dijumpai di Tromas dan Finnmark sebelum singgah di Norway semasa perjalanan ke Artik.

Sumber : Daily Star

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Anis Annisa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.